Berikut adalah senarai Sekolah Kluster Pertama Kementerian Pendidikan Malaysia
(Laman webrasmi KPM – moe.gov.my)
SENARAI 30 BUAH SEKOLAH KLUSTER YANG TELAH MENERIMA SIJIL PENGIKHTIRAFAN PADA 30 MAC 2007
| Bil | Kod Sekolah | Nama Sekolah | Nama Pengetua/ Guru Besar | Gred | Alamat Sekolah | No. Tel | No. Faks | Kategori Sekolah |
| 1 | WEA 2006 | Sekolah Sultan Alam Shah (B) | Tn. Hj. Khairil Bin Awang | DG48 | Parcel G,Presint 1, Putrajaya, 62520 Putrajaya | 03-88883763 | 03-88883614 | SBP |
| 2 | BRA0001 | Kolej Islam Sultan Alam | En. Mohamad Bin Shah (B) Awang | DG48 | Peti Surat 64, Jln Kota Raja Kampung Jawa 41906 Klang, Selangor | 03-33711658 | 03-33721148 | SBP |
| 3 | NEB4096 | Kolej Tunku Kurshiah (B) | Tg. Azwan Bin Tg. Mohamed | JUSA C | Jalan Tunku Kurshiah 70400 Seremban Negeri Sembilan | 06-7625351 | 06-7619906 | SBP |
| 4 | AEB4070 | Kolej Melayu Kuala Kangsar (B) | En. Mohd Rauhi Bin Mohd Isa | JUSA C | Jalan Tun Abdul Razak 33000 Kuala Kangsar Perak | 05-7761400 | 05-7764500 | SBP |
| 5 | DEE1415 | SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B) | En. Wan Hamzah Bin Wan Daud | JUSA C | Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu Kelantan | 09-7738277 | 09-7739139 | SBP |
| 6 | PEB1094 | SMK Penang Free (B) | Tn. Hj. Ramli Bin Din | DG48 | Jalan Masjid Negeri 11600 Georgetown Pulau Pinang | 04-2815814 | 04-2817737 | SMH |
| 7 | BEB8655 | SMK (P) Sri Aman (B) | Pn. Alainal Hasani Bt Md Noor | DG54 | Jalan Masjid Negeri 11600 Georgetown Pulau Pinang | 03-78765041 | 03-78775658 | SMH |
| 8 | WEA0196 | SMK Aminuddin Baki (B) | Pn. Azizah Bt Othman | DG48 | Jalan Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur | 03-92858219 | 03-92811905 | SMH |
| 9 | KEB2095 | SMK Sultanah Asma (B) | Datin Zaleha Bt Abd Hamid | DG48 | Jalan Langgar 05460 Alor Star Kedah | 04-7322618 | 04-7328020 | SMH |
| 10 | TEB3091 | SMK Sultan Sulaiman (B) | Pn. Hjh Azizah Bt Md Salleh | DG54 (KUP) | Jalan Sultan mahmud 20400 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6175315 | 09-6170518 | SMH |
| 11 | CEA4022 | SMK Abdul Rahman Talib (B) | Pn. Hjh Normah Bt Hj. Abu Bakar | DG48 | Jalan Alor Akar 25250 Kuantan Pahang | 09-5680192 | 09-5679250 | SMH |
| 12 | REE0059 | SMK Derma (B) | Pn. Noorzaiah Bt Ahmad | DG48 | Jalan Penjara 01000 Kangar Perlis | 04-9761202 | 04-9771277 | SMH |
| 13 | AEA2044 | SMK Gunung Rapat (B) | Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat | DG48 | Jalan Teoh Kim Swee 31350 Ipoh, Perak | 05-3122855 | 05-3132067 | SMH |
| 14 | WEB0226 | SMK Victoria (B) | Tn. Hj. Muhammad Khalyani Bin Abdul Jalil | DG52 | Jalan Hang Tuah 55200 Kuala Lumpur | 03-20782489 | 03-20316854 | SMH |
| 15 | WEB0223 | SMK St John (B) | En. Peter Yii Sing Chiu | DG48 | Jalan Bukit Nanas 50250 Kuala Lumpur | 03-20782846 | 03-20311443 | SMH |
| 16 | WEB0213 | SMK Convent Bukit Nanas (Mision, B) | Pn. Lee Chii Yuann | DG48 Memangku DG52 | Jalan Bukit Nanas 50250 Kuala Lumpur | 03-20780559 | 03-20317679 | SMH |
| 17 | XHA3099 | SMT Tawau Sabah (B) | Pn. Fitriani Bt Wahid | DG48 | Peti Surat 61156 91021 Tawau, Sabah | 089-715585 | 089-715153 | SMT |
| 18 | NKE4144 | SMT Tuanku Jaafar (B) | Tn. Hj. Arshad Bin Hj. Md. Yusof | DG48 | Km 4 Jalan Kuala Pilah 70400 Seremban Negeri Sembilan | 06-7638307 | 06-7636985 | SMT |
| 19 | TRA3002 | SMKA Sheikh Abdul Malek (B) | YM Che Ku Razak Bin Che Ku Mohd | DG48 | Jln Budiman 20400 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6235155 | 09-6264268 | SMKA |
| 20 | MRA2127 | SMKA Sharifah Rodziah, Melaka (LB) | Pn. Hjh. Pauziah Bt Mohamad | DG48 | Telok Mas 75460 Melaka | 06-2618944 | 06-2616518 | SMKA |
| 21 | PRA1001 | SMKA Al-Mashoor (L) (B) | En. Shamsudin Bin Shorkoshi | DG48 | Jalan Air Itam 10460 Georgetown Pulau Pinang | 04-2296790 | 04-2291503 | SMKA |
| 22 | DBB1118 | SK Zainab 2 (B) | Pn. Aida Bt Mohd Salleh | DG34 | Jln Telipot 15150 Kota Bharu Kelantan | 09-7482757 | 09-7475846 | SK |
| 23 | XBA4095 | SK Sri Gaya (B) | Hj. Abdul Ghani Bin Hj. Mohd Kasim | DG41 | Lorong Seladang Off Jln Kebajikan 88300 Kota Kinabalu Sabah | 088-224779 | 088-257164 | SK |
| 24 | JBB1011 | SK Infant Jesus Convent | Pn. Hjh. Azizah (Mision, B) Bt Ahamad Tan | DGA34 | Jln Yahya Awal 80100 Johor Bharu, Johor | 07-2243005 | 07-2269566 | SK |
| 25 | ABA4011 | SK Sultan Idris 2 (LB) | En. Abdul Khalid Bin Mohd Yusof | DGA34 | 33000 Kuala Kangsar Perak | 05-7762403 | 05-7761188 | SK |
| 26 | JBA2047 | SK Pengkalan Tereh (LB) | En. Shahron Bin Shahman | DGA32 | SK Pengkalan Tereh Pejabat Pelajaran Daerah Kluang 424 Jln. Sekolah 86000 Kluang, Johor | 019-7539392 | 07-7722540 | SKOA |
| 27 | YBB5112 | SK Ulu Lubai (LB) | En. Jaul Anak Bunyau | DGA32 | SK Ulu Lubai Jabatan Pelajaran Gabungan Limbang Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jln Muhibah 98707 Limbang, Sarawak | 085-212644 | 085-212644 | SK PDLM |
| 28 | KBC2116 | SJKC Keat Hwa (B) | Pn. Khoo Yok Ying | DGA34 | Jln Kampung Perak 05100 Alor Setar Kedah | 04-7330012 | 04-7330012 | SJKC |
| 29 | BBD0084 | SJKT Simpang Lima, Klang (B) | Y.R. Elizabeth Anaranjithan | DGA34 | Simpang 5 Taman Sri Andalus 41200 Klang, Selangor | 03-33242900 | 03-3324600 | SJKT |
| 30 | PBA0024 | SKPK Alma (LB) | En. Hasan Basri Bin Mukhtar | DGA32 Memangku DGA34 | Jln Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang | 04-5082026 | 04-5071439 | SKPK |
Nota:-
SBP : Sekolah Berasrama Penuh
SMH : Sekolah Menengah Harian
SMT : Sekolah Menengah Teknik
SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SK : Sekolah Kebangsaan
SKOA : Sekolah Menengah Orang Asli
SK PDLM : Sekolah Kebangsaan Pedalaman
SJKC : Sekolah Kebangsaan Cina
SJKT : Sekolah Kebangsaan Tamil
SKPK : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Petikan Berita 30 Mac
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan antara 30 sekolah kluster yang terpilih terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak, sebuah sekolah pedalaman dan Sekolah Kebangsaan Pengakalan Tereh di Kluang, Johor yang merupakan sekolah kebangsaan Orang Asli.
Katanya, kumpulan pertama sekolah kluster yang terpilih untuk ditingkatkan kecemerlangan terdiri daripada semua kategori sekolah.
Ini termasuk SJKC Keat Hwa, Alor Star bagi kategori sekolah aliran Cina, SJKT Simpang Lima, Klang bagi sekolah aliran Tamil, dan SKPK Alma, Pulau Pinang bagi kategori sekolah pendidikan khas, katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata sembilan daripada 30 kumpulan pertama sekolah kluster ini terdiri daripada sekolah kebangsaan (SK), tiga sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), dua sekolah menengah teknik (SMT), 11 sekolah menengah harian (SMH) yang terletak di bandar dan lima sekolah berasrama penuh (SBP).
Hishammuddin berkata sekolah yang terpilih ini “bukanlah sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah terbaik di negara ini, tetapi merupakan sekolah cemerlang yang berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi lagi.”
Beliau berkata pemilihan sekolah berkenaan telahpun disah dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad pada Selasa lepas.
“Kesemua 30 sekolah ini merupakan senarai permulaan yang boleh dijadikan contoh penanda aras kepada sekolah lain yang berminat untuk memohon sebagai sekolah kluster.
“Kementerian akan membuka permohonan kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk disenaraikan sebagai sekolah kluster bermula April ini,” katanya.
Untuk tahun ini, 300 sekolah dari pelbagai aliran akan disenaraikan dan diklasifikasikan sebagai kelompok cemerlang, yang diharapkan dapat mengangkat martabat sistem pendidikan negara di mata dunia, katanya.
Sekolah lain yang terpilih terdiri daripada:
Sekolah Kebangsaan: SK Sultan Idris 2 (Perak), SK Infant Jesus Convent (Johor), SK Sri Gaya (Sabah) dan SK Zainab 2 (Kelantan)
SMKA: SMKA Al-Manshoor (P.Pinang), SMKA Sharifah Rodziah (Melaka) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu).
SMT: SMT Tawau (Sabah) dan SMT Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan)
SMK: SMK Aminuddin Baki, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Victoria, SMK St John (kesemuanya di Kuala Lumpur), SMK Penang Free (P.Pinang), SMK (P) Sri Aman (Selangor), SMK Sultanah Asma (Kedah), SMK Sultan Sulaiman (Terengganu), SMK Abdul Rahman Talib (Pahang), SMK Derma (Perlis), SMK Gunung Rapat (Perak)
SBP: Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Selangor), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan).
Hishammuddin berkata sejajar dengan usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, kementerian itu telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan University of London-Kings College, United Kingdom hari ini bagi melaksanakan program lepasan ijazah secara intensif yang direka khas khusus untuk melatih pengetua dan guru besar dengan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
Kings College merupakan kolej terbesar di University of London yang merupakan kolej ke-12 terbaik di Eropah dan ke-46 di dunia dalam senarai Times Higher Education Supplement.
“Kursus intensif ini menawarkan “Post Graduate Certificate in School Management and Leadership” yang boleh diguna pakai sebagai kredit untuk pemegang-pemegangnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana,” katanya.
Beliau berkata melalui program ini, kementerian akan menghantar pemimpin-pemimpin sekolah kluster ke UK bagi mengikuti latihan intensif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan selama dua bulan.
“Pemimpin-pemimpin sekolah ini juga akan diberikan hands-on learning experience melalui bukan sahaja lawatan tetapi juga penempatan di sekolah-sekolah autonomi yang terpilih di UK,” katanya.
Beliau berkata seterusnya, keupayaan dan kebolehan mereka akan diuji di sekolah-sekolah ini, dan melalui program ini pemimpin sekolah kluster akan didedahkan dengan pelbagai bidang ilmu berkaitan kepimpinan dan pengurusan khususnya cara mana untuk menguruskan sekolah masing-masing termasuk mengurus sumber manusia, kewangan, komunikasi, perhubungan awam dan lain-lain bersesuaian dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada mereka.
– BERNAMA






