Tentera Wanita AS Di Iraq & Afghanistan Dirogol

0

Category : umum

By Drs Rosdi Deraman

 SATU dari sepuluh tentara Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afganistan adalah wanita. Jumlah tentera wanita yang terkorban di Iraq lebih banyak dari tempat manapun sejak Perang Dunia II.

Demikian menurut data statistik Kementerian Pertahanan AS yang dikutip dari buku bertajuk ‘The Lonely Soldier: The Private War of Women Serving in Iraq’, yang ditulis oleh Helen Benedict, seorang profesor jurnalis di Universiti Columbia, New York.

Buku yang baru-baru ini dilancarkan di AS pada hari Rabu April 15 ini, berdasarkan pada 40 wawancara mendalam, menceritakan kisah-kisah tentera wanita bertugas di medan perang.

Cerita mereka yang diperkosa, serangan seksual dan pelecehan oleh lelaki terdiri dari rakan mereka sendiri. Hal itulah yang membimbangkan. Beberapa perkara diantaranya diperingatkan supaya tidak pergi ke bilik air secara bersendirian. Ada diantaranya yang membawa pisau takut diserang oleh rakannya, ada juga yang tidak berani melaporkan penyerangan tersebut..

 Menurut Benedict, judul buku itu adalah dari pengalaman tentera wanita AS yang trauma kerana tugas dan pelecehan seksual oleh sesama mereka. “Wanita berada dalam bahaya sekarang, lebih-lebih lagi bila mereka ikut dalam peperangan. Maka hal itu menjadi sangat tragis, kerana semua tentera sepatutnya dapat bergantung satu sama lain untuk saling melindungi.” Katanya. “Bagaimana perasaan anda, jika sesama tentera melecehkan anda sepanjang hari atau cuba perkosa anda, bahkan telah memperkosa pun?”

 Salah seorang tentera, Marti Ribeiro, seorang sarjan angkatan udara, bergabung dalam pasukan angkatan ketiga yang dikirim ke Afghanistan pada tahun 2006. Ia bertugas sebagai koresponden pertempuran dalam Divisi Gunung ke-10 yang anggotanya semua lelaki. Kisahnya dimuat dalam buku itu, termasuk cerita tentang dirinya yang diserang dan diperkosa oleh tentara AS yang berseragam ketika menjaga sebuah pos. Masa itu, setelah menyelesaikan tugasnya dia tidak terus mandi sebagai bahan bukti dia telah diserang, dan akan melapor kepada pihak bertanggung-jawab.

 Tetapi dia diberi amaran jika dia membuat pengaduan, dia akan dituduh lalai dalam menjalankan kerana meninggalkan senjatanya tanpa penjagaan . Dia akhirnya keluar dari tentera. “Saya bercita-cita menjadi seorang tentera, seperti ayah dan datuk saya.” ujarnya dalam buku tersebut. “Sayangnya, kerana saya perempuan, cita-cita itu tidak akan menjadi kenyataan.”

 Menurut laporan yang diluluskan Pentagon pada bulan Mac, jumlah kes penyerangan seksual di kalangan tentera AS meningkat 8% tahun 2008 dari tahun sebelumnya. Dalam kes di Iraq dan Afganistan meningkat 25%. Total keseluruhan pengaduan serangan seksual dalam tentera adalah 2,908 kes. Kes tersebut meliputi perkosaan, pelecehan seksual dan percubaan perkosaan, demikian diantara bunyi laporan itu. Dari 40 perempuan yang bertugas antara tahun 2003 dan 2006 yang diwawancara Benedict, 10 orang menyatakan mereka telah diperkosa, 5 mengatakan mereka diserang secara seksual dan hampir diperkosa, dan 13 orang dilecehkan secara seksual.

 Benedict serta beberapa pengkaji mengatakan, jumlah kes yang dikemukakan pemerintah AS lebih rendah dari penemuan mereka, kerana pemerintah hanya mengambil kira kes yang dilaporkan sahaja. Kajian tahun 2003 menyatakan, lebih dari 550 wanita veteran yang bertugas masa antara Perang Vietnam hingga Perang Teluk I, 30% diantara mereka mengatakan pernah diperkosa atau cuba diperkosa dan 79% dikatakan pernah mengalami pelecehan seksual, demikian menurut American Journal of Industrial Medicine.

Post a comment

[ Online : 1844 hari. ]