Sebuah universiti perubatan antarabangsa, menerusi kerjasama dengan beberapa universiti terkenal terutamanya dari India akan dibina di Perak tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, projek berkenaan akan melibatkan jumlah pelaburan antara RM7 bilion hingga RM8 billion yang telah dirancang menerusi inisiatif swasta dan kerajaan negeri akan mempunyai ekuiti dalam projek tersebut.
“Ia seperti (universiti) konsortium. Pada mulanya syarikat yang berpangkalan di Malaysia akan melabur RM300 juta. Kita berharap mereka boleh memulakan operasi menjelang tahun depan dengan jumlah pengambilan minimum.
“Mereka (pelajar) boleh mengambil kursus prauniversiti terlebih dahulu,” katanya pada majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang belajar di United Kingdom, di King College di sini. – Bernama







heran aku…. dulu masa era Ramli Ngah Talib, dah buat Asean-Sheiffield Medical College, pastu jalan kejap.. 2 syarikat dlm konsortium tarik diri… student tersangkut kat UK.. terpaksa kerajaan negeri tubuh PCM SDN BHD. Kemudian tetiba masa Tajol Rusli, katanya setahun 10 bilion kena tanggung… tak mampu kerajaan negeri.. akhirnya jual kat MARA… tukar jadi UniKL RCMP.
Dulu dah buat pastu tak mampu …jual.. pastu nak buat balik… ish ish ish ish ish..
ni projek baru ke atau cilok idea lama sebab tak der modal?