05 Dec 2009 @ 8:30 AM 

KUALA LUMPUR – Empat lelaki Afrika menggunakan modus operandi terbaru bagi mengabui mangsa dengan menawarkan tukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) dengan Ringgit Malaysia pada nilai tukaran yang lumayan berbanding nilai semasa.

Tawaran itu bagaimanapun semata-mata bagi menarik perhatian individu yang tamak dengan ditetapkan satu temu janji kononnya bagi pertukaran mata wang itu tetapi tujuan sebenar adalah untuk menyamun mangsa.

Kumpulan yang baru dua minggu beroperasi itu turut menggunakan mesin fotostat berwarna bagi membuat sebanyak mungkin salinan fotostat not RM50 untuk pertukaran dengan mata wang dolar AS mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, semasa ditahan, polis menemui sebanyak 540 keping salinan wang RM50 baru bernilai RM27,000 dengan nombor siri yang sama.

“Wang yang dihasilkan itu hanya menyerupai lima peratus berbanding wang tulen untuk dijadikan umpan bagi menarik perhatian mangsa,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Difahamkan, dalam tempoh tersebut kumpulan itu masih mencari-cari mangsa mereka tetapi nasib mereka malang apabila pelanggan pertama yang ditemui ialah seorang pegawai polis di Cheras berpangkat Asisten Supritendan.-cosmo

Posted By: admin
Last Edit: 05 Dec 2009 @ 08:30 AM

EmailPermalink
Tags
Categories: umum


 

Responses to this post » (None)

 
Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 59
  • Posts/Pages » 2,041
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.