By khalid samad
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds.
Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut .
Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian.
KUALA LUMPUR: Kepercayaan khurafat seorang lelaki tangkal diperbuat daripada anggota babi dimilikinya mampu memberi kekayaan dalam tempoh singkat, akhirnya memakan diri.
Kenyataan itu mungkin pelik, tapi ia benar-benar berlaku dan didedahkan berdasarkan pengalaman isteri kepada lelaki terbabit yang menanggung derita gara-gara ketaksuban suaminya terhadap barang mistik.
Ibu kepada empat anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, 30-an, berkata dia mengesan pelbagai perubahan yang berlaku kepada suaminya sejak memiliki barang berkenaan pertengahan tahun lalu.
Katanya, tangkal daripada anggota babi yang dikenali dengan nama cemara babi itu membuatkan rumah tangganya kini umpama retak menanti belah.
Kerajaan negeri Selangor mendakwa pihak polis bertindak merobohkan pentas yang dibina bertujuan untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves. Pentas tersebut adalah untuk dijadikan majlis Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan sebanyak RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.
“OCPD Gombak dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia untuk tujuan keselamatan,” kata penyelaras program itu yang Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.
Beliau mendakwa Abdul Rahim selaku OCPD Gombak telah memberi kebenaran lisan untuk membina pentas tersebut ketika mesyuarat. Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar turut menegaskan Majlis Perbandaran Selayang telah memberikan penjelasan. “Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini.
DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.
“Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.
Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.
Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.
Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.
KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan rasa amat terkejutnya dengan perubahan pendirian bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang Kelantan berhak mendapat royalti minyak berbanding pendiriannya sebelum ini.
Beliau berkata, kenyataan Tengku Razaleigh pada Khamis lalu yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan adalah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat pada Oktober 2000 dan kenyataan terbarunya itu mengelirukan rakyat terutama penduduk Kelantan.
Rais berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royaliti minyak yang dibuatnya semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada Khamis lalu yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SUBANG JAYA – Tiga tahun telah berlalu tetapi kepada para pengusaha bas di USJ 12, Subang Jaya, isu kenderaan mereka disaman hampir setiap malam belum berakhir.
Dalam kes Sahathevan S. Alagarasamy, dia sudah lali berjalan ke depan rumahnya untuk mengutip surat saman yang diletakkan pada cermin depan dua buah bas sekolah miliknya pada pukul 10 malam.
Pengusaha bas yang lebih mesra dipanggil Saha itu mendakwa sudah disaman sebanyak 75 kali sejak 2005 termasuk 21 kes sepanjang bulan Januari ini.
Memandangkan setiap saman tanpa diskaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu bernilai RM1,000, kos yang terpaksa ditanggung oleh Saha berjumlah RM75,000.
Wang sebanyak itu cukup untuk dia membeli sebuah bas baru.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam dan Ahli Lujnah Politik Pas Pusat selama enam bulan berkuatkuasa semalam kerana matlamatnya telah tercapai.
“Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai,” katanya di dalam laman blog beliau www.khalidsamad.com.
Khalid Samad juga belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.
Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.
“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang ‘Jeneral’, maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.
Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.
Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.
Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.
Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).
Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.
Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.
Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.
Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.
SIK: “Tiba-tiba suami mencekik saya dengan kuat hingga sesak nafas,” kata Khatijah Shaari, 56, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah dibakar pasangan hidupnya yang tiba-tiba mengamuk di Kampung Hujung Bandar, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki berusia 57 tahun itu turut merosakkan lima kereta jiran serta dua motosikal termasuk sebuah miliknya.
Khatijah ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia tidur di ruang tamu rumah bersama anak perempuannya, Nurul Izzati Omar, 21, sebelum terasa sesuatu menindih tubuhnya.
“Apabila terjaga, saya lihat suami menindih dan mencekik leher saya sehingga sukar untuk bernafas dan menjerit.
Mujur Nurul Izzati yang terjaga menjerit meminta tolong sebelum anak lelaki saya, Mohd Hizwan, 23, meluru keluar dari bilik dan menolak suami hingga terjatuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
POLEMIK antara penyedia enjin carian Internet paling berpengaruh di dunia, Google dengan pemerintah China belum menampakkan tanda akan berakhir. Segala-galanya bermula berikutan insiden penggodaman terutama pada e-mel Gmail yang dimiliki oleh golongan aktivis yang lantang menyuarakan pendapat mereka terhadap kerajaan China.
Itu belum dicampur dengan pelbagai bentuk penapisan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pengguna Internet di negara komunis tersebut.
Google menyatakan serangan itu berlaku secara terancang dan datangnya dari China. Situasi itu nyata dimarakkan lagi oleh sentimen nilai budaya dan pemerintahan rejim yang berbeza.
Rungutan Google mendapat sokongan daripada Rumah Putih. China pula membalasnya dengan menuduh Washington menggunakan Internet untuk menyokong pemberontakan di Iran.
Perkembangan itu menambah pergeseran di antara kedua-dua buah negara kuasa besar dunia tersebut. Sebelum ini, mereka berdepan dengan masalah penjualan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan dan isu hak asasi manusia.
PUTRAJAYA – Mulai Ogos ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik terutama memandu laju dan melanggar lampu isyarat akan menerima saman yang dihantar terus ke alamat mereka dalam tempoh 48 jam selepas kesalahan itu dikesan.
Tindakan itu akan dilaksanakan apabila pengunaan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) dikuatkuasakan, yang membolehkan gambar wajah pemandu dan nombor plat kenderaan mereka dirakam terus melalui teknologi radar kamera itu.
Maklumat yang dirakam itu akan dihantar terus ke pusat kawalan yang akan memprosesnya bagi penghantaran saman kepada pesalah dalam tempoh 48 jam, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh.
Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor. Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman mempertahankan tindakan anggotanya melepaskan lima das tembakan ke arah kereta dinaiki seorang ibu tunggal bersama tiga rakannya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah pada Oktober tahun lalu.
Beliau berkata, siasatan mendapati anggota berkenaan telah menjalankan tugas mengikut undang-undang dan wanita berkenaan tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Dia boleh mengatakan apa pendapatnya tetapi dia harus tahu dengan siapa dia bercampur, dalam keadaan kereta mana dia berada…dia tahu semuanya dan kita tahu bagaimana anggota kita tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Semalam, wanita berusia 30 tahun itu membuat aduan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mendakwa pada 30 Oktober tahun lalu, dia ditembak ketika berada dalam kereta bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke Segambut.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan negeri itu tidak boleh disemak semula. Demikian berita yang dipetik dari Bernama.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa.
Katanya, ini kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan.
Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 Sept tahun lalu.
Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan Sultan di negeri itu untuk tempoh lebih dari setahun.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 