Amuk cekik isteri tidur

0

Category : umum

 SIK: “Tiba-tiba suami mencekik saya dengan kuat hingga sesak nafas,” kata Khatijah Shaari, 56, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah dibakar pasangan hidupnya yang tiba-tiba mengamuk di Kampung Hujung Bandar, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki berusia 57 tahun itu turut merosakkan lima kereta jiran serta dua motosikal termasuk sebuah miliknya.

Khatijah ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia tidur di ruang tamu rumah bersama anak perempuannya, Nurul Izzati Omar, 21, sebelum terasa sesuatu menindih tubuhnya.

“Apabila terjaga, saya lihat suami menindih dan mencekik leher saya sehingga sukar untuk bernafas dan menjerit.

Mujur Nurul Izzati yang terjaga menjerit meminta tolong sebelum anak lelaki saya, Mohd Hizwan, 23, meluru keluar dari bilik dan menolak suami hingga terjatuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Berang tindakan anaknya, lelaki terbabit mengambil parang sebelum menghayun ke arah Khatijah dan anak-anaknya menyebabkan mereka lari ke luar rumah untuk meminta pertolongan jiran.

Khatijah berkata, sebaik keluar rumah, dia nampak suaminya meluru ke rumah ibunya, Meah Saman, 73, bagaimanapun sempat diselamatkan Mohd Hizwan yang membawa Meah ke rumah saudara mereka, kira-kira 100 meter dari situ.

“Ketika itu saya nampak dia mengamuk dengan menetak cermin kereta Proton Iswara adik ipar saya dan pada masa sama, api mula marak di rumah saya dipercayai dibakarnya.

“Akibat kejadian itu, kami tinggal sehelai sepinggang apabila semua barangan musnah termasuk sebuah motosikal yang dihumban dalam api,” katanya.

Khatijah berkata, suaminya terbabit kemalangan minggu lalu dan dirawat di Hospital Sik sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.

“Selepas itu kesihatannya terganggu menyebabkan kami tidur di ruang tamu supaya mudah menjaganya kerana dia sering meracau seperti hendak mati serta mahu membakar rumah.

Post a comment

[ Online : 1016 hari. ]