Dakwa disamun untuk lengah majlis kahwin
KULAIJAYA: Seorang juruteknik ditahan polis selepas membuat laporan palsu mendakwa dia disamun, kelmarin, semata-mata bagi melengahkan majlis perkahwinannya yang dijadualkan bulan depan.
Lelaki berusia 27 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di Taman Teknologi Senai di sini, dipercayai bertindak demikian selepas bakal bapa mentuanya mahu mempercepatkan majlis perkahwinan dengan anaknya kepada bulan depan, berbanding jadual asal pada bulan Julai.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata lelaki itu membuat laporan polis mendakwa disamun dua lelaki yang memakai topi keledar selepas mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) di Kulai.
“Dalam laporannya, dia mendakwa mengeluarkan wang RM1,500 sebanyak empat kali, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000, kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin).
“Pengadu mendakwa selepas masuk ke dalam kereta dan belum sempat menghidupkan enjin kenderaannya, beliau didatangi dua lelaki berkulit gelap yang memakai topi keledar.
“Seorang daripada lelaki dikatakan mengacukan pisau ke lehernya sebelum merampas wang tunai RM6,000, kad ATM dan resit sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dengan plat nombor pendaftaran bahagian belakang kenderaan dipatahkan,” katanya.

sekadar hiasan
KULAIJAYA: Seorang juruteknik ditahan polis selepas membuat laporan palsu mendakwa dia disamun, kelmarin, semata-mata bagi melengahkan majlis perkahwinannya yang dijadualkan bulan depan.
Lelaki berusia 27 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di Taman Teknologi Senai di sini, dipercayai bertindak demikian selepas bakal bapa mentuanya mahu mempercepatkan majlis perkahwinan dengan anaknya kepada bulan depan, berbanding jadual asal pada bulan Julai.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata lelaki itu membuat laporan polis mendakwa disamun dua lelaki yang memakai topi keledar selepas mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) di Kulai.
“Dalam laporannya, dia mendakwa mengeluarkan wang RM1,500 sebanyak empat kali, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000, kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin).
“Pengadu mendakwa selepas masuk ke dalam kereta dan belum sempat menghidupkan enjin kenderaannya, beliau didatangi dua lelaki berkulit gelap yang memakai topi keledar.
“Seorang daripada lelaki dikatakan mengacukan pisau ke lehernya sebelum merampas wang tunai RM6,000, kad ATM dan resit sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dengan plat nombor pendaftaran bahagian belakang kenderaan dipatahkan,” katanya.//bharian