KERANA tidak berpuas hati dengan hidangan sebuah restoran mewah, tuan tanah tempat ia beroperasi mengarahkan premis itu supaya berpindah, lapor sebuah akhbar semalam.
Tuan tanah tersebut, Earl Cardogan menyatakan, hidangan yang disediakan di restoran Oriel langsung tidak sedap. Cardogan, 72, yang memiliki kekayaan £2 bilion (RM10.9 bilion) memberi tempoh sehingga 26 Februari depan kepada pemilik restoran di kawasan elit Dataran Sloane di sini untuk menutup operasi.
“Makanannya tidak sedap dan amat mahal,” kata Cardogan yang berharap dapat mencari sebuah restoran lain untuk disewakan dalam tempoh 18 bulan. Kumpulan restoran Tragus yang menguruskan Oriel dan rangkaian Café Rouge terpaksa akur dengan arahan tersebut walaupun ada pelanggan dijangka menfailkan petisyen bagi menghalang notis penutupan itu. – Agensi






