Kerajaan Kelantan tuntut kawasan bertindih Kelantan-Terengganu

0

Category : kelantan

Kerajaan Kelantan tuntut kawasan bertindih Kelantan-Terengganu
KOTA BHARU- Kerajaan Negeri Kelantan mencari kaedah sesuai bagi membolehkan Kerajaan Pusat menimbang tuntutan royalti minyak di beberapa telaga yang bertindih antara Kelantan-Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh Kerajaan Pusat ialah RM9.7 bilion.
“Semasa membuat perjumpaan dengan pihak Petronas, mereka bersetuju dengan pendapat Kerajaan Negeri bahawa selama ini tidak terdapat sempadan yang laut yang sah antara Terengganu dan Kelantan. Oleh kerana itu, pengeluaran bagi beberapa telaga in perlu ditentukan semula,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan berkata, Bekas Menteri Besar Kelantan Tan Sri Mohamed Yaakob pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Kelantan sedia berkongsi dengan Terengganu berhubung penemuan sebuah telaga minyak di sempadan kedua-dua negeri.
Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.
Sementara itu, Husam berkata, Kerajaan Negeri berhak untuk mendapatkan tunggakan RM75 juta bagi hasil pengeluaran minyak di pelantar Bumi Selatan yang 2 tahun telah diterokai oleh Petronas.

KOTA BHARU- Kerajaan Negeri Kelantan mencari kaedah sesuai bagi membolehkan Kerajaan Pusat menimbang tuntutan royalti minyak di beberapa telaga yang bertindih antara Kelantan-Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh Kerajaan Pusat ialah RM9.7 bilion.

“Semasa membuat perjumpaan dengan pihak Petronas, mereka bersetuju dengan pendapat Kerajaan Negeri bahawa selama ini tidak terdapat sempadan yang laut yang sah antara Terengganu dan Kelantan. Oleh kerana itu, pengeluaran bagi beberapa telaga in perlu ditentukan semula,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan berkata, Bekas Menteri Besar Kelantan Tan Sri Mohamed Yaakob pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Kelantan sedia berkongsi dengan Terengganu berhubung penemuan sebuah telaga minyak di sempadan kedua-dua negeri.

Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Sementara itu, Husam berkata, Kerajaan Negeri berhak untuk mendapatkan tunggakan RM75 juta bagi hasil pengeluaran minyak di pelantar Bumi Selatan yang 2 tahun telah diterokai oleh Petronas.//sinar

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]