Kisah lagenda Raja Bersiong

17

Category : sejarah

Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja BersiongKewujudannya

Kota Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja Bersiong

Kewujudannya hanya berdasarkan cerita legenda, tiada bukti fizikal.

BAGI peminat sastera rakyat dan cerita legenda, kisah kekejaman Raja Bersiong yang memakan darah manusia pastinya sering menarik perhatian. Bukan setakat kekejamannya, tetapi persoalannya ialah sama ada kisah itu benar-benar berlaku atau hanya cerita lisan yang diturun- temurunkan untuk hiburan bagi mengisi masa senggang.Catatan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sastera Rakyat Negeri Kedah menyatakan ia kisah legenda dan tiada sesiapa yang dapat membuktikan dengan tepat atau mempunyai bukti fizikal peristiwa itu memang berlaku.

Persoalannya, wujud beberapa nama tempat yang dikaitkan dengan peristiwa berkaitan Raja Bersiong. Nama daerah Baling, Mukim Siong dan Kota Aur di Kedah adalah nama popular yang dikaitkan dengan rentetan sejarah silam Raja Bersiong.Jika ke Kampung Lalang, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baling, pengunjung akan melalui satu mercu tanda seakan-akan pintu gerbang berbentuk sepasang siung yang tumbuh menegak.

Mercu tanda berdiri tegak di kiri dan kanan jalan sebenarnya dibina sebagai tanda ingatan kepada peristiwa Raja Bersiong.Siapakah Raja Bersiong hinggakan industri perfileman negara juga berminat dan pernah menterjemahkan kisahnya ke dalam filem Melayu, lakonan seniman Ahmad Mahmud, Sarimah dan Nor Azizah pada 1968 serta drama tari bertajuk Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas.

‘Raja Bersiong’ lakonan Ahmad Mahmud dan Sarimah pernah difilemkan pada 1968 dan di bawah teraju utama, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.Cerita lisan mengatakan Raja Bersiong ialah gelaran kepada seorang Raja Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Nama sebenarnya ialah Raja Ong Maha Perita Deria iaitu raja keempat keturunan Merong Mahawangsa.Penduduk Kampung Pokok Setol, Yahya Ramli, 72, berkata kisah Raja Bersiong diwarisi secara lisan dan generasi lama di situ juga tidak pernah tahu secara tepat mengenainya.

Namun, mereka percaya ia memang ada kaitan dengan kewujudan kawasan berkenaan berdasarkan nama tempat.“Itu cerita antah-berantah, kisah anak raja Kedah sebelum zaman Islam yang memakan hati dan darah manusia. Ada yang mengatakan ia keturunan Merong Mahawangsa di Langkasuka, ada yang kata mereka keturunan gergasi.“Apabila rakyat memberontak, mereka lari ke Kota Aur di Gubir dan bina kubu di sana. Ketika dalam perjalanan itulah raja membuang siung yang tumbuh di mulutnya.

Siung itu jatuh ke bendang dan tempat itu dinamakan Baling.Pokok yang tumbuh dalam bangunan istana.“Soalnya di mana kubur Raja Bersiong, itu yang tak boleh disahkan. Ada yang kata, selepas menetap di Kota Aur, raja itu lari ke Jitra, Kedah ikut Kuala Nerang, Pokok Sena, Nami, Naka yang bersempadan dengan Siam (Thailand),’ katanya.Ditanya sama ada beliau tahu kewujudan sebuah istana lama di Jitra yang dikatakan milik Raja Bersiong, Yahya cukup tertarik dan katanya, jika itu benar, ia perlu diteliti, direkod dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.“Saya sendiri sebenarnya cukup teringin dan sudah lama mencari siapa yang boleh menceritakan kisah Raja Bersiong dan apa buktinya. Mesti ada sesuatu yang boleh dibongkar,” katanya.

Kisah sama dikongsi rakannya, Wan Ibrahim Wan Ahmad, 72, seorang pesara askar Wataniah. Ibrahim berketurunan Pattani, Thailand yang mengatakan kesan tinggalan sejarah itu dipercayai wujud di satu tempat iaitu di Kubang Jong.Kubang Jong mendapat nama sempena tempat Raja Bersiong bermain jong (sejenis perahu diraja) di sebuah kolam air yang terletak di Kampung Luak.“Ketika masih bertugas dengan pasukan Askar Wataniah, saya pernah masuk ke Kota Aur di Gubir. Kota itu dipercayai milik Raja Bersiong yang dibina daripada buluh yang ditanam rapat.

Jika gajah rempuh pun, ia tidak akan tumbang, binatang itu pun tidak akan melepasi deretan pagar buluh.“Kota itu memang kukuh, kami cuma boleh menyelit masuk ke dalam kota melalui celah pokok buluh berduri. Saiz kawasan kota itu lebih besar daripada saiz padang bola. Itu cerita lama pada 1975 dan mungkin sekarang kota itu sudah tumbang atau pokok buluh pula tumbuh meliar,” katanya.Imam Masjid Pokok Setol, Harun Abu Bakar, 84, berkata kisah mitos itu mempopularkan daerah Baling dan Jabatan Hutan Baling mengambil inisiatif membina replika sepasang siung di Kampung Lalang sebagai mercu tanda.Katanya, replika itu dibina pada awal 80-an sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekal sehingga kini.

“Agak pelik, tak ada satu pun kampung di sini dinamakan kampung siung, cuma wujud mukim Siong. Mungkin ia lebih sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang lebih besar dan luas,” katanya.Apa pun pendapat yang diutarakan, kesimpulannya penduduk di situ terutama generasi lama berbangga dengan nama tempat mereka yang diberi berdasarkan cerita mitos popular, cuma lebih baik jika diwujudkan satu papan kenyataan ringkas mengenai sejarah atau latar belakang tempat sebagai rujukan pelancong luar.

Antara 24 kampung di Mukim SiongKampung Bandar, Terbala, Kelian Dalam, Kota, Siput, Pokok Setol, Luar, Baru, Lalang, Carok Bunting, Kuala Kedua, Ulu Legong, Bechah Sawa, Memali, Carok Putih, Surau, Carok Semeliang, Weng Luar, Weng Dalam, Batu 60, Tanjung Paru, Seri Ketenga, Batu 8 dan Teluk Rambong.-bharian

Comments (17)

saye nak galak kah3 bace cite ni tahyul btul mnurut cite datuk saye lebih 100 thn dulu baling tak de mnusie pun cube ngkorang check kat kamus bahase minang baling makne ape thats why die orang yg mula2 buka kg kt baling migrasi keturunan pattani baru bermula sekitar 1920 an ke 1950 an jadi tak kan lah baling itu ban lin its tahyul

bagus juge cerita ni..sekurang2nya xhilang keturunan raja ni..cerita ni mmg benar bg yg tahu usur galur dari keturunan raja ni..kalu asal keturunan ni ditahu org habislah dibunuh penduduknya yg mahu keturunan raja ni mati masa tu..jadi kesimpulanya logiklah sejarahnya susah nk diketahui..kalu xda angin masakan pokok bergoyang..fikirkanlah..

raja ni memiliki seorang ank..keturunannya inilah yg tersebar melata di negeri malaysia ini..xkan hilang keturun raja bersiung di dunia..

salam, RAJA BERSIONG bukan lagenda..kerana RAJA ONG PERITA DERIA ini, ada kena mengena dgn keluarga saya.

saya pernah dgr cerita ni dr arwah tok wan.org lama lebih tahu.org sekarang mesti menerima.kerana kita bermula daripada sejarah dan cerita raja bersiong ini ada kebenarannya.sy sgt menghargai dan menghormati cerita raja2 kita.semoga waris raja bersiong tetap gagah.

serius ker awak keturunan raja bersiong??ble bukti kan?

takkan hilang mlayu di dunia…

setiap orang membuat spikulasi sendiri,sebab mereka tak tahu asal usul keturunan RAJA BERSIONG.

mereka hilangkan diri.setiap orang yang mencari mereka pasti mereka dihukum.ini bukan tahyul. iannya benar dan bukan mitos.masih ada lagi anak cucu cicitnya.

mereka masih ada lagi,mereka lari kerana rakyat2 semua membenci mereka,kerana menganggap keturunan raja bersiong jahat kejam dan zalim.
sekarang ini keturunannya hingga kini 6 keturunan masih ada lagi.

jadi pada sesiapa yang tidak tahu. janganlah menghukum atau mencaci keturunan raja bersiong.kerana keturunannya tidak bersalah. anggaplah iannya sejarah. jangan dicari.dan hanya kenangan yang tinggal.

RAJA BERSIONG ada anak DARI DARAH DAGINGNYA SENDIRI.bukan anak angkat. seorang anak LELAKI.
HANYA ITU YANG DAPAT SAYA BAGI TAU.KERANA IANNYA TERLALU PERIBADI.

maaf jika terkasar bahasa.

Tidak semua yang tidak dapat dibuktikan itu mitos… saya percaya Raja bersiong wujud dan masih ada keturunannya sehingga kini……

salam. menurut pembacaan dan pengkajian saya, raja bersiong bernama Sultan Sulaiman dan kesultanan kedah mmg ada bersusur galur dengan Merong Mahawangsa ssb kedah tua kerajaan purba yang besar satu ketika dulu. saya sangat percaya dengan kesahihan cerita Raja Bersiong, pernah dengar kisah asal usul nama tempat Wing dan Baling berkait dengan kisah Raja bersiong. Kalau kita boleh percaya cerita2 Merlin di England kenapa perlu melekehkan kisah turun temurun bangsa kita?

Sila perdengarkan lagu nyanyian band metal Sil Khannaz bertajuk SANTAPAN TERAKHIR RAJA BERSIONG..lagu tu cukup tersirat maksudnya mengenai raja bersiong…

Lagi satu di taman tabung haji,kepala batas(kedah) ada satu istana lama yg tersembunyi disebalik semak samun tepi jalan( Boleh nampak )..penduduk tempatan mendakwa itulah istana raja bersiong..

RAJA BERSIONG BUKAN TAHYUL,MENGIKUT APA YANG DICERITA OLEH ORANG TUA2 KG SAYA DI MUKIM SIONG,MANA ADA MANUSIA MINUN DARAH TUMBUH SIONG,CUMA GAMBARAN KEZALIMAN SEORANG RAJA,ISTILAH SAMA SEPERTI,LINTAH DARAT ,HISAP DARAH.BAHASA ORANG DULU BANYAK BERKIAS KIAS,GAMBARAN RAJA TUMBUH SIONG MEMINUN DARAH MENGAMBARKAN BETAPA ZALIM DAN KEJAM SEPERTI BINATANG ATAU HANTU SYAITAN.DI KG LALANG YANG TERDAPAT MERCU TANDA SIONG,SEBENARNYA ADA TAPAK DANGAU ATAUPUN PONDOK RAJA BERSIONG SELEPAS MELARIKAN DIRI.TAPAK ITU ADA DI DALAM KAWASAN SEKOLAH MEN SIONG,DISITU ASAL KEBUN MILIK RAJA KEDAH,SEBELUM DIDIRIKAN SEKOLAH.

MERCU TANDA SEPASANG SIONG DI KG LALANG DI BINA AKHIR 80 AN BUKAN AWAL 80 AN SEPERTI DITULIS DIATAS,MUNGKIN JUGAK RAJA BRSIONG ADA KETURUNAN,PENEMPATAN AWAL PENDUDUK SIONG DI KG BANGOL(SEKARANG TAK ADA LAGI)LEBIH DARI 100 TAHUN DULU,MUNGKIN DARI SITU ADA KETURUNAN RAJA BERSIONG,TAPI NAK JEJAK AMAT SUKAR,DAH BERPINDAH,DULU HUBUNGAN ANTARA KEDAH PATANI KELANTAN GRIK PERAK AMAT RAPAT,HUBUNGAN SAUDARA LAMA TERJALIN DIERATKAN LAGI DENGAN SEMANGAT PADI,MUSIM MENUAI DI KEDAH DATANG KE KEDAH,MUSIM MENUAI DI KELANTAN DATANG KE KELANTAN,JADI KALAU ADA KETURUNAN RAJA BERSIONG MUNGKIN ADA KEDAH TERUTAMA DI BALING,SIK, ATAUPUN DI GRIK PERAK ,PATANI ,KELANTAN.RAJA BERSIONG KABARNYA LARI KE KELANTAN.

Terima kasih..
Sumber diatas ialah drp bharian..

memang ada benarnya kata2 puan dewi..tidak elok jika berkata sesuatu yg tidak pasti akan kebenarannya.. betol kah raja siong seorang yg kejam atau difitnah? ……

saudara banklink kata daerah baling 100 tahun xda penduduk..tapi mana datangnyd perkuburan nenek moyang hamba yang nisannya usia lebih 100thn?mana datangnya anak cucu cicit moyang bris,moyang gubir moyang lasa,moyang pedu,moyang gulau yg melarikan diri dari dihukum bunuh di abab ke 18?baling mana ada pengaruh minang..org minang hanya datang atas jemputan raja kasim untuk mempesembahkan dan mengajar ilmu silat..tapi bukan hanya minang saja di jemput,org jawa,boyan,thai,banjar,bugis jg dijemput..Cuma bukan perkampungan dulu cuma ada kawasan ditepi sepanjang sungai2 sebab jalan utama sungai..Kawasan lainnya hutan.

Post a comment

[ Online : 914 hari. ]