Lawak :Kisah pakar judi

Klen Tong adalah sorg yg kaya.Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Klen Tong dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…
Manager : Setiap hari saya lihat Encik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja encik?

Klen Tong : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi en mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau encik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.
Klen Tong : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja encik nak bertaruh dengan saya.
Klen Tong : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah encik. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Klen Tong.

Manager : En Klen Tong sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..
Klen Tong : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku cek…
Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Klen Tong pun berkata..
Klen Tong : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..
Klen Tong pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru awak tahu siapa yang teror… Sorrylah En Klen Tong hari ni awak tak dapat pergi kaunter bank lagi keh.. keh.. keh…
Tiba-tiba Klen Tong mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Klen Tong ..
Manager : mana awak dapat duit sebanyak tu?
Klen Tong : Saya bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Klen Tong : Bertaruh yang saya dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *