Pasang Alat Keselamatan Tambahan Elak Kereta Dicuri

1

Category : Pengetahuan

 Pemilik kereta mewah dinasihati supaya memasang alat keselamatan tambahan bagi mengelak kenderaan daripada dicuri berikutan peningkatan kes curi kereta mewah yang dilihat semakin ketara di bandar raya sejak kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abd Rahman berkata pada hari Ahad dan Isnin lepas sahaja empat kereta mewah yang semuanya bernilai hampir RM1 juta dicuri di sekitar bandar raya.

Beliau berkata dalam kes-kes itu penjenayah dilihat tidak lagi menggunakan kekerasan dengan merampas kenderaan di tepi jalan, sebaliknya mereka terus ke rumah pemilik kereta untuk mencuri kenderaan terbabit.

“Penjenayah sanggup memecah masuk ke rumah mangsa sehingga ke bilik tidur sekalipun untuk mendapatkan kunci kenderaan mewah itu, atau akan menggunakan kepakaran mereka membuka kenderaan tanpa menggunakan kunci,” katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Katanya dalam kejadian pagi Ahad lepas seorang ahli perniagaan yang tinggal di sebuah rumah di Bukit Damansara terkejut apabila tiga kereta mewah miliknya, yang kesemuanya bernilai hampir RM1 juta lesap dilarikan penjenayah.

Azri berkata dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, dua buah kereta Mercedes Benz dan sebuah kereta Honda Civic milik ahli perniagaan itu lesap dari kawasan letak kereta di hadapan rumah ketika tuan rumah sekeluarga sedang nyenyak tidur.

Beliau berkata pada hari Isnin pula, seorang pengurus syarikat yang berumur 48 tahun mendapati kereta milik syarikatnya Toyota Fortuner yang bernilai RM185,000 hilang dari tempat letak kereta di hadapan rumahnya di Kondominium Danau Idaman, Danau Desa, Jalan Klang Lama.

“Selepas pulang dari tempat kerja pada pukul 11.30 malam Ahad (3 Jan), pengurus syarikat itu seperti biasa masuk ke rumah dan tidur, dan keesokkannya kira-kira pukul 7 pagi, dia mendapati kereta itu hilang,” katanya.

Beliau berkata polis sedang meneliti setiap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lebuhraya di dalam bandar raya dan kawasan-kawasan sekitar bagi mengesan kereta mewah yang hilang itu.– BERNAMA

Comments (1)

Bagaimana Focus Guard Vehicle Tracker Membantu Anda?
Tracker ini mempunyai pakej yang lengkap untuk keselamatan kenderaan dan nyawa insan yang tersayang.Pakej ini mempunyai security back-up alert system dan support 24/7 daripada ‘dedicated host server’ berpengkalan di Singapura yang diselenggara jurutera berpengalaman.Kaedah pemasangan tracker adalah selamat untuk memastikan tracker ini tidak dapat dikesan sesiapa pun.
Pakej ini berharga RM999 tidak termasuk Remote Controller,Voice Listen In dan Illegal Door Open Alert(Optional) yang bernilai RM100.Anda boleh membuat pilihan untuk tidak memerlukan 3 device ini untuk kenderaan anda kerana system tracker sedia ada sudah cukup selamat.Perisian online dan smartphone adalah percuma tanpa caj bulanan.Untuk mengaktifkan tracker menghantar SMS Alert kepada 3 talian yang anda daftarkan,anda digalakkan untuk menggunakan UMOBILE U28 postpaid starter package berharga RM28/sebulan disebabkan coverage yang baik di seluruh Malaysia melalui kajian dan pemerhatian pihak syarikat.Sekiranya anda memilih telco yang berlainan,anda perlu berikan sim card berserta voice & data plan sebelum pemasangan.
Pemasangan hanya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.Sekiranya anda berada di luar kawasan dan berminat,anda boleh membeli secara online di http://focusguardtracker.blog.com/ dan menerima rebat RM25 untuk upah pemasangan di mana-mana bengkel kereta.Pihak syarikat akan menghubungi anda sekiranya kontraktor di negeri anda telah dipilih.Penerangan dan latihan yang lengkap akan diberi kepada pelanggan.
Hubungi saya untuk bertanya lebih lanjut dan mendapatkan Focus Guard Car Tracker yang sangat berguna ini untuk keselamatan kenderaan serta anda sekeluarga.Pembelian melalui authorized reseller membolehkan anda untuk memiliki Remote Controller,Voice Listen In dan Illegal Door Open Alert yang bernilai RM100 serta support berterusan secara PERCUMA!
Layari http://www.focusguard.sg dan http://focusguardtracker.blog.com/ untuk maklumat alternatif
Hubungi saya : AZHAR
011-26257855
monazkaira@gmail.com

Post a comment

[ Online : 1930 hari. ]