Berikut adalah resepi dan cara bagi memasak NASI GORENG TOMYAM
Bahan bagi memasak NASI GORENG TOMYAM
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam
Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.
Resepi nasi goreng tomyam telah tersedia. Cuba jangan tak cuba resepi nasi goreng tomyam ni. Anda pasti merasa keistimewaan tersendiri nasi goreng tomyam berbanding nasi goreng lain







