Didera sampai mati oleh teman lelaki ibu

4

Category : umum

syafia humairah

syafia humairah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

 Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

“Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.

IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.

IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.

“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.

“Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam.

Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

“Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.

“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.

Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.

Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.//bharian

Comments (4)

al fatihah…,kesian pada kanak2 yg tak berdosa ni…paling kesian pada ayah kandungnya yg tak dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir…Ayah kandungnya seorang anggota polis yg kini ditahan dan masih dalam perbicaraan kes 302 yg melibatkan mati nya seorang warga indonesia..apa pun saya amat mengenali kanak2 tersebut..,seorang yg periang dan suka bermain dengan abgnya dan mudah mesra..Apapun semoga Allah swt merahmati rohnya dan berila balasan yg setimpal terhadap teman lelaki ibunya…

ya Allah ya Rabbi…
masukkanlah anak comel ini ke syurgamu ya Allah…
dan azabkanlah kedua-dua syaitan yang menderanya ya Allah sebagai peringatan kepada kami, hambamu yang alpa ini..

Al-Fatihah…
Umur Daia dgn ibunya,sama.umur anak Daia dgn Syafia pon sama.Daia seorang panas baran..tp kaki x pernah sampai badan anak.mmg marah bila kita penat kerja,anak buat perangai.tp..sekadar tempik je.kalau setakat pukul,ada hadnya.itu bezanya…IBU Kandung..Kalau SYAITAN dh menguasai diri,inilah akibatnya.

AL-Fatiha.
kesian kat budak kecil tuh.. Semoha Arwah tenang dan aman di sana.. Selagi arwah hidup mgkin selagi itu la arwah akn terus rasa trauma.. mgkin ini apa yg Allah swt mahukn spy arwah kmbali di sisi-Nya kerana kejamnya si Binatang itu. Lelaki yg mak arwah cintai konon..mak arwah pn sm.. sepatutnya c ibu dan kekasih binatangnya itu yg mati.. bukn ank kecil itu.. bodoh punya ibu mcm tu..tau je buat anak tp jaga xtau.. c lelaki pun sm..nak sedap je dgn c ibu tp hukum islam entah kemana dah perginya.

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]