Kaedah bacaan kod bar

4

Category : Pengetahuan

bar code1Teknologi kod bar telah digunakan secarameluas dalam pelbagai sektor untuk melicin dan memudahkan urusan penyimpanan maklumat. Mengambil contoh paling mudah, sistem pengiraan harga barang di pasar raya yang mengaplikasi kaedah ini dapat mempercepatkan urusan pembayaran di kaunter.

Sebuah kod bar adalah merujuk kepada perwakilan maklumat pada paparan gabungan dua warna gelap dan cerah seperti hitam dan putih. Ia berfungsi menghasilkan pantulan yang akan menukar paparan kepada nombor 1 dan 10 ketika dibaca oleh mesin pengimbas.

Secara asasnya, kod bar menyimpan data menerusi kelebaran dan keluasan garis selari yang dicetak secara menegak dan ada kalanya bercorak bintik, bulatan atau kod teks tersembunyi. Kod tersebut boleh dibaca menggunakan peranti pengimbas optik yang dikenali sebagai alat pembaca kod bar yang dilengkapi dengan perisian khas.

Teknologi tersebut akan dapat meningkatkan kepantasan sistem kemasukan data ke dalam komputer secara lebih tepat. Kelebihan lain sistem ini, perlaksanaannya hanya melibatkan kos yang minimum berbanding kaedah pengesanan data konvensional.

Terbaru, sebuah syarikat di Jepun telah memperkenalkan kod bar generasi kedua dikenali sebagai Kod QR yang mempunyai simbol dua dimensi.

Menerusinya lebih banyak maklumat akan dapat disimpan kerana ia diwakili oleh kod bar yang disusun menegak dan mendatar selain boleh diaplikasikan dalam perkhidmatan mobiliti seperti telefon bimbit
estidotmy

Comments (4)

@ bagaimana cara sy utk memiliki kod bar ini…harap dpt hubungi sy dgn segera..trima kasih

saya ilh pelajar sem 5 politeknik johor bahru,brmnat untk mmbuat projek akhir menggunakan sistem kod bar untuk pjabat pos…boleh bantu saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem kod bar ini,program apa yg digunakan dan bgaimana ia berfungsi dan memudahkn kerja-kerja manusia…tolong emailkn saya ya

saya tertarik dengan maklumat ini. sebab sy perlukan bahan seperti ini untuk report final projek sy, so sy nak tahu siapa yang menulis entry ini. maksud saya nama penulis. emel kan dekat sy nama penulis, dan tahun.

Post a comment

[ Online : 1017 hari. ]