KUALA LUMPUR, 9 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kalau tidak ada pemantauan Parlimen, maka kerja-kerja eksekutif dalam menjaga keselamatan negara dan mengurangkan kadar jenayah sebagai program Bidang Keberhasilan Utama adalah retorik semata-mata malah sudah menjadi penyakit syok sendiri.
Sehubungan itu, dalam mengulas isu kebocoran penjualan rahsia keselamatan negara, beliau meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan melihat isu berkenaan secara serius.
Katanya, isu kebocoran dan penjualan rahsia keselamatan negara kepada kuasa asing serta ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keselamatan negara akan tetap berlaku jika sistem pemantauan Parlimen tidak dilaksanakan.
Menurutnya, di negara-negara maju, Parlimen digunakan untuk memantau keberkesanan pentadbiran kerajaan di mana Parlimen menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa bagi memantau setiap aspek pentadbiran negara.
“Apabila pihak eksekutif mengambil maklum bahawa mereka dipantau, maka secara langsung eksekutif akan membawa sikap ‘always on their toes’.
“Eksekutif akan sentiasa memastikan bahawa pentadbiran mereka siap siaga dan segala rekod, dokumen , minit mesyuarat serta aspek kawalan mereka akan sentiasa terbuka diperiksa oleh Jawatankuasa Pemantauan Parlimen,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, katanya menteri-menteri mereka sentiasa bersedia dipanggil untuk disoal jawab oleh jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen tersebut.
Justeru, ujarnya, susah untuk berlakunya kecurian enjin jet serta kebocoran rahsia pertahanan dan keselamatan sekiranya Kementerian Pertahanan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
Ini, jelasnya adalah langkah proaktif yang harus diambil agar persekitaran ‘check and balance’ sentiasa wujud bagi memastikan penyalahgunaan kuasa serta kelemahan dapat dibendung.
“Saya mencadangkan agar dilaksanakan audit (management audit) terperinci terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan Kementah. Melalui Audit khas ini boleh dikenal pasti di mana kelemahan yang dapat diperbaiki.
“Biarlah lapuran audit tersebut dibentangkan di Parlimen dan selepas itu ditubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara di bawah Parlimen Malaysia,” katanya.
Tambahnya, jawankuasa itu ditugaskan untuk memantau Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri kerana kedua-dua kementerian itu melibatkan aspek-aspek keselamatan negara.
Di samping itu, ujarnya, KDN juga harus dipantau kerana Perdana Menteri telah meletakkan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama dalam ‘road map’ Government Tranformation Programme’.
“Kalau ada Jawatankuasa Pemantauan Kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara (JPKHKN) sebagai ‘pemantau’ barulah kita dapat mengukur keberkesanan ‘Government Transformation Programme’ yang di war-warkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak,” katanya lagi.
Ini, tambahnya barulah Parlimen dapat berperanan sebagai ‘watch dog’ kepada eksekutif dan dapat mengukur betapa seriusnya Najib dalam usaha transformasi itu.
“Cadangan saya mengenai Jawatankuasa Pemantauan Parlimen selaras dengan saranan yang pernah dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri pernah menyarankan agar ditubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen bagi memantau prestasi setiap kementerian,” ujarnya.
Menurutnya, Timbalan Speaker sendiri yang menyarankan usul itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada 11 Januari lalu yang menunjukkan beliau yang merupakan dari BN sendiri kurang yakin dengan prestasi yang dapat dicapai oleh Kerajaan BN tanpa pengawasan dan pemantauan Parlimen.
“Mungkin dia sedar bahawa program-program transformasi ini hanyalah sekadar retorik sahaja dan juga rencana syok sendiri. Sebab tu dia cadangkan penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen ini ditubuhkan supaya memberi kepastian agar menteri-menteri BN sentiasa ‘on their toes’,” katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena akan membawa usul Timbalan Speaker itu dalam persidangan Parlimen yang akan datang.//harakah
| Keselamatan negara: Jangan sekadar retorik, syok sendiri | | Print | |
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 9 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kalau tidak ada pemantauan Parlimen, maka kerja-kerja eksekutif dalam menjaga keselamatan negara dan mengurangkan kadar jenayah sebagai program Bidang Keberhasilan Utama adalah retorik semata-mata malah sudah menjadi penyakit syok sendiri.Sehubungan itu, dalam mengulas isu kebocoran penjualan rahsia keselamatan negara, beliau meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan melihat isu berkenaan secara serius.
Katanya, isu kebocoran dan penjualan rahsia keselamatan negara kepada kuasa asing serta ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keselamatan negara akan tetap berlaku jika sistem pemantauan Parlimen tidak dilaksanakan. Menurutnya, di negara-negara maju, Parlimen digunakan untuk memantau keberkesanan pentadbiran kerajaan di mana Parlimen menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa bagi memantau setiap aspek pentadbiran negara. “Apabila pihak eksekutif mengambil maklum bahawa mereka dipantau, maka secara langsung eksekutif akan membawa sikap ‘always on their toes’. “Eksekutif akan sentiasa memastikan bahawa pentadbiran mereka siap siaga dan segala rekod, dokumen , minit mesyuarat serta aspek kawalan mereka akan sentiasa terbuka diperiksa oleh Jawatankuasa Pemantauan Parlimen,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Malah, katanya menteri-menteri mereka sentiasa bersedia dipanggil untuk disoal jawab oleh jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen tersebut. Justeru, ujarnya, susah untuk berlakunya kecurian enjin jet serta kebocoran rahsia pertahanan dan keselamatan sekiranya Kementerian Pertahanan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Parlimen. Ini, jelasnya adalah langkah proaktif yang harus diambil agar persekitaran ‘check and balance’ sentiasa wujud bagi memastikan penyalahgunaan kuasa serta kelemahan dapat dibendung. “Saya mencadangkan agar dilaksanakan audit (management audit) terperinci terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan Kementah. Melalui Audit khas ini boleh dikenal pasti di mana kelemahan yang dapat diperbaiki. “Biarlah lapuran audit tersebut dibentangkan di Parlimen dan selepas itu ditubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara di bawah Parlimen Malaysia,” katanya. Tambahnya, jawankuasa itu ditugaskan untuk memantau Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri kerana kedua-dua kementerian itu melibatkan aspek-aspek keselamatan negara. Di samping itu, ujarnya, KDN juga harus dipantau kerana Perdana Menteri telah meletakkan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama dalam ‘road map’ Government Tranformation Programme’. “Kalau ada Jawatankuasa Pemantauan Kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara (JPKHKN) sebagai ‘pemantau’ barulah kita dapat mengukur keberkesanan ‘Government Transformation Programme’ yang di war-warkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak,” katanya lagi. Ini, tambahnya barulah Parlimen dapat berperanan sebagai ‘watch dog’ kepada eksekutif dan dapat mengukur betapa seriusnya Najib dalam usaha transformasi itu. “Cadangan saya mengenai Jawatankuasa Pemantauan Parlimen selaras dengan saranan yang pernah dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri pernah menyarankan agar ditubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen bagi memantau prestasi setiap kementerian,” ujarnya. Menurutnya, Timbalan Speaker sendiri yang menyarankan usul itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada 11 Januari lalu yang menunjukkan beliau yang merupakan dari BN sendiri kurang yakin dengan prestasi yang dapat dicapai oleh Kerajaan BN tanpa pengawasan dan pemantauan Parlimen. “Mungkin dia sedar bahawa program-program transformasi ini hanyalah sekadar retorik sahaja dan juga rencana syok sendiri. Sebab tu dia cadangkan penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen ini ditubuhkan supaya memberi kepastian agar menteri-menteri BN sentiasa ‘on their toes’,” katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena akan membawa usul Timbalan Speaker itu dalam persidangan Parlimen yang akan datang. |






