09 Feb 2010 @ 8:36 AM 

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed yang baru dilantik ke jawatan itu, memohon rakyat memberikannya peluang bagi membuktikan ketelusan badan itu.

Mengakui hakikat, SPRM perlu memulihkan imejnya berikutan beberapa kontroversi, Abu Kassim berkata mereka mesti menyakinkan rakyat bahawa suruhanjaya itu adalah bebas.

“Saya memerlukan anda untuk menjuarai perjuangan kami. Dengan berbuat demikian, sesiapa yang ingin ‘membunuh’ SPRM, anda akan menjadi pelindung kami, Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami,” katanya dengan tegas.

“Cuma kata, ‘Abu, kamu silap. Jika anda mahu kami melindungi kamu, berperangai dengan betul.’ Saya akan memastikan tiada penyelewengan. Kata-kata saya dan tindakan saya mesti menunjukkan bahawa saya adalah bebas.”

Abu Kassim membuat kenyataan berkenaan ketika pertemuan sejam antara pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dengan jawatankuasa penasihat SPRM.

Antara tajuk yang disentuh, termasuk tindakan yang perlu diambil oleh SPRM bagi memulihkan keyakinan orang ramai, siasatan ke atas ketua pembangkang Selangor, Dr Khir Toyo dan mengapa suruhanjaya itu kini memilih untuk bermesra dengan media alternatif.//malaysiakini

Posted By: admin
Last Edit: 09 Feb 2010 @ 08:36 AM

EmailPermalink
Tags
Categories: umum


 

Responses to this post » (None)

 
Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 59
  • Posts/Pages » 2,041
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.