Penyokong Indonesia tak hormati ‘Negaraku’, PSSI didenda

0

Category : umum

Aksi para penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam dalam pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di Jakarta Isnin lalu, mengakibatkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda AS$5,000 (RM 17,006).

Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) setelah Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana kelakuan itu telah mencemarkan maruah sebuah negara.

Walaupun Indonesia menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Uzbekistan Mei ini, aksi penyokongnya itu sedikit sebanyak mencemarkan kejayaan pasukan republik itu.

Pasukan tuan rumah layak ke pusingan akhir di Uzbekistan setelah menewaskan Malaysia 3-5 pada peringkat separuh akhir pada Rabu lalu.

Pada kejadian pada hari Isnin di Stadium Tenis Tertutup Senayan itu, sejurus pasukan negara memasuki stadium dan lagu Negaraku dimainkan, para penonton telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya.

Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai

0

Category : umum

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

“Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

“Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba,” katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

‘Malaysia paling lembap di rantau ini’

Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul

0

Category : umum

PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.

Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.

Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)

Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.

IBRAHIM ADHAM : Kisah Hebat Seorang Raja Menjadi Ahli Sufi Mulia

2

Category : Agama

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

 Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak

0

Category : Mesti baca

Kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie…untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone….

sebelum tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-

1. Kuali sebijik…cari yang leper tu…

2. 3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card…

3. 1 rol kertas foil…kertas timah tu laa….yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa…

4. Handphone sebijik…dan pastikan gak ade kredit…

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar

0

Category : umum

 MACHANG : “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998,” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

 “Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

Bayi perempuan di Brazil mati selepas pergaduhan antara doktor

Comments Off

Category : Macam-macam hal

MATO GROSSO DO SUL (Brazil): Seorang bayi perempuan disahkan mati apabila doktor di sebuah hospital di Brazil bertengkar dalam bilik bersalin kerana masing-masing enggan mengalah dalam menguruskan proses bersalin itu.

Media negara itu melaporkan, doktor yang terbabit dalamm kejadian itu terpaksa dikeluarkan kakitangan keselamatan hospital, sebelum seorang doktor lain cuba membantu wanita berusia 32 tahun melahirkan anaknya.

Bagaimanapun, katanya lagi, bayi perempuan itu gagal diselamatkan dan disahkan mati ketika lahir.

 Susulan kejadian itu, agensi berita Agencia Estadi, berkata kedua-dua doktor terbabit dipecat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan pihak berkuasa perubatan.

Laporan mengesahkan kedua-dua doktor lelaki terbabit mula bertengkar apabila seorang doktor lain yang tiba untuk menjalankan tugasnya enggan membenarkan doktor yang sedang merawat ibu mangsa, Gislaine de Matos Rodrigues, meneruskan kerjanya kerana menyifatkan ia adalah tanggungjawab beliau untuk meneruskan prosedur itu.

Tukang sapu pengarah syarikat

0

Category : Apa dah jadi

 RAWANG: Seorang tukang sapu, Misliah Rosdi, 53, terkejut apabila menerima surat peringatan mendakwa dia ‘pengarah’ sebuah syarikat yang culas membayar cukai.

Wanita itu berkata, surat berkenaan dihantar ejen pemungut bayaran sebuah syarikat ke rumah lamanya di Kampung Sungai Buaya dekat sini, pada 21 Februari lalu. “Saya bagai nak pengsan apabila melihat perkataan ‘court’ (mahkamah) sebaik membaca surat ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu.

Walaupun tidak faham keseluruhan kandungannya, hati tidak gembira melihat perkataan yang mengandungi perintah mahkamah ditulis perenggan akhirnya. “Langsung tak logik. Saya yang miskin, tidak mempunyai telefon bimbit dan hanya ada motosikal lama menjadi pengarah sebuah syarikat sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Misliah yang juga ibu kepada enam anak berkata, dia membawa surat itu ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Isnin lalu, sebelum meminta bantuan beberapa guru membaca dan menterjemah kandungannya.

Amuk suami baran

0

Category : umum

AMPANG: Akibat cemburu kerana mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki, seorang suami hilang pertimbangan apabila tiba-tiba naik angin sebelum menyerang serta menghentak kepala wanita berkenaan menggunakan besi kunci tambahan motosikal di rumah mereka di sini, Isnin lalu.

Tidak cukup dengan tindakan itu, lelaki terbabit yang seakan-akan dirasuk turut menggunakan lampu kalimantang memukul isterinya selain memijak wanita malang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 29 tahun bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan adiknya untuk dihantar ke hospital.

Akibat amukan menggila si suami, mangsa terpaksa menerima 13 jahitan di kepala, patah jari telunjuk, cedera di badan selain lebam di mata.

Menurut sumber, kejadian berlaku jam 8 malam ketika wanita itu mahu masuk ke rumah sebelum diserang suaminya secara tiba-tiba.

“Belum sempat mangsa masuk ke rumah, suaminya terus mengetuk kepalanya menggunakan besi kunci tambahan motosikal dan tanpa belas kasihan memukul isterinya di seluruh badan menggunakan alat berkenaan.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan daripada adiknya,” katanya.

Pelajar perempuan dalang pecah rumah keluarga kerana video lucah

0

Category : Macam-macam hal

JERTEH: Seorang pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah yang dibeli daripada dua rakannya sehingga berhutang lebih RM1,000 bertindak nekad membenarkan rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, di sini, dirompak rakannya itu bagi melunaskan hutang.

Pelajar Tingkatan Empat itu mengambil kesempatan ketika mereka sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan membenarkan dua rakannya itu yang juga pembekal klip video lucah memecah masuk ke rumah dengan membuka selak tingkap rumah yang sebelum itu sudah dikunci kemas bapanya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar itu bertindak merenggangkan kunci tingkap rumahnya bagi membolehkan dua rakan perempuannya itu memecah masuk dan mengambil barangan berharga bagi melunaskan hutangnya.

 Beliau berkata, sebaik keluarga pelajar berkenaan pulang ke rumah, mereka terkejut mendapati tingkap rumah telah diumpil dan keadaan dalam rumah berselerak.

[ Online : 913 hari. ]