Sadis! Anjing Dirantai dan Diseret di China

1

Category : umum

Seekor anjing diikat dengan rantai dan diseret oleh motor secara sadis di Fuzhou, China (19/02/2010)

Photo ini berhasil dirakam oleh seorang yg bernama Liu dan menjadi saksi kejadiaan sadis tersebut. Dia mengherdik dan mencuba menghentikan perbuatan kejam tersebut, tapi lelaki tersebut melaju motornya.

Kejadian diatas saat ini menjadi topik hangat dan mendapatkan kecaman biadab di beberapa forum diskusi di internet.

Lagi laporan polis terhadap editor The Star

0

Category : umum

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini membuat laporan polis terhadap editor urusan akhbar The Star, P Gunasegaram dan Sister in Islam (SIS) yang didakwa membuat kenyataan yang menyentuh bidangkuasa raja-raja Melayu, urusan agama Islam, hukum Syarak serta sensitiviti umat Islam.

Laporan tersebut dibuat oleh setiausaha Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11.

 Aduan tersebut dibuat berdasarkan tulisan Gunasegaram dalam akhbarnya pada 19 Februari. Manakala laporan terhadap SIS pula dibuat berdasarkan kenyataan medianya bertarikh 17 Februari yang disiarkan dalam laman web NGO berkenaan.

Menurut Mohammed Khusrin, pandangan kedua-dua pihak tersebut juga dianggap mempertikaikan keputusan mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap tiga wanita atas kesalahan melakukan seks haram.

Harian berbahasa Inggeris itu bagaimanapan semalam membuat permonohan maaf terbuka ekoran penyiaran tulisan Gunasegaram semalam.

Akhbar tersebut juga dilaporkan menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara tersebut.

Asam jawa kepala biawak

1

Category : Macam-macam hal

 JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawam, semalam.24 Feb 2010 JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

 Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

Macam-macam: Lelaki pandang payu dara dulu

0

Category : Macam-macam hal

GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.
Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari.
Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya.
Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. – Agensi

K’jaan tangguh umum tarif baru elektrik

0

Category : umum

Kertas cadangan mengenai tarif elektrik masih dalam pertimbangan kabinet.
Oleh itu tiada sebarang pengumuman mengenai perkara itu dibuat, demikian menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam dilaporkan sebagai berkata bahawa kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik hari ini.
Beliau dilaporkan berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.//Harakah

Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu

0

Category : umum

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.
Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.
Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.
Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.
Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.
“Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik,” kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta

0

Category : umum

KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Sonata Mat Afrika

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Ibarat bercinta dengan kekasih bunian apabila semakin ramai wanita tempatan ‘cair’ dan seterusnya menjadi mangsa tipu muslihat kasanova dan lelaki romantis yang mengaku dari Korea sambil menawarkan cinta ala drama Winter Sonata sebelum melesapkan wang mereka.

 Berdasarkan maklumat diperoleh, golongan penipu yang didalangi lelaki Afrika terbabit licik menipu dengan berselindung di sebalik gambar artis atau model lelaki Korea yang fasih berbahasa Inggeris untuk memikat gadis tempatan dengan ayat cinta diluahkan menerusi laman sembang di Internet.Dalam kejadian terbaru, seorang wanita berusia 20-an mendakwa menjadi mangsa selepas mengenali kekasih halimunannya melalui laman sembang www.tagged.com.

Lelaki terbabit yang mengaku dari Korea bijak bermain kata-kata sehingga mangsa percaya kenalan barunya itu benar-benar serius untuk menjalin hubungan cinta dan akhirnya berkahwin.

“Pada masa sama, mangsa yang mula kemaruk bersembang saling berbalas mesej dengan lelaki terbabit selepas lelaki terbabit mengirimkan foto wajah dirinya melalui Internet yang saling tidak tumpah aktor terkenal Korea, Bae Yong-joon. “Melalui gambar itu, lelaki terbabit digambarkan sebagai jejaka yang berbudi bahasa dan bijak bermain kata-kata manis untuk membuatkan mangsa jatuh cinta dan percaya niat ikhlasnya,” katanya. Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit turut berjanji datang ke Malaysia dan berkahwin dengan wanita itu selepas kedudukan kewangannya stabil.

Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak

0

Category : umum

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan hospital Orang Asli Gombak tengahari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melibatkan pendaftaran tanah mereka.

Dalam satu petisyen yang berkaitan daftar tanah masyarakat Orang Asli, mereka mendakwa telah mendapat maklumat bahawa tanah saka dan tanah rayau mereka tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi “Kembalikan hak kami” dan ‘Jangan rampas hak kami”.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka kemudiannya mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Petisyen itu, katanya, akan diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asli.

Tanah runtuh Indonesia: Mayat ke-6 ditemui, 66 masih hilang

0

Category : umum

CIWIDEY (Indonesia): Pasukan penyelamat menggunakan kelengkapan berat bagi menggali tanah runtuh yang diliputi lumpur yang meragut sekurang-kurangnya enam mangsa dan menimbuskan 66 yang lain di kepulauan utama Jawa di sini.

Hujan lebat berpanjangan menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan pergunungan ladang teh, petang semalam, berdekatan kampung Tenjoljaya di daerah Ciwidey, wilayah Jawa Barat, turut memusnahkan rumah di situ.

Penduduk kampung menggunakan peralatan ladang dan tangan sebelum berjaya menemui mayat keenam yang tertimbus di dalam lumpur, lewat semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Priyadi Kardono berkata, dua mesin pengorek tiba bagi membantu usaha menyelamat yang diteruskan hari ini.

“Penyelamat sudah mengeluarkan enam mayat secara manual daripada lumpur dan 66 lain yang masih tertimbus dikhuatiri terbunuh,” katanya.

[ Online : 1011 hari. ]