GEORGETOWN: Kecewa kerana tiada ahli keluarga sudi menjaganya di hospital, seorang lelaki berusia 53 bertindak nekad terjun melalui tingkap di aras empat sebuah wad sehingga maut di Hospital Pulau Pinang (HPP), kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila mangsa yang menghidap penyakit buah pinggang dipercayai mengalami tekanan disebabkan tiada ahli keluarga menjaganya di hospital.
Gan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan teruk kerana terjun dari aras tinggi meninggal dunia di tempat kejadian.






