Saya tak takut – Zambry

0

Category : umum

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mencabar bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang untuk mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada pilihanraya kecil di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau menegaskan wakil rakyat pembangkang tidak perlu takut untuk mengosongkan kerusi mereka jika mereka yakin sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong mereka. “Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak,” katanya.

Sebelum ini Nizar yang merupakan bekas Menteri Besar Perak dikatakan akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada mereka.

Bagaimanapun Zambry menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN seperti mana yang dikehendaki pembangkang. “Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini,” jelasnya. –Malaysia Today

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]