Senarai barang/keperluan yang perlu dibawa ke hospital bersalin.

0

Category : Ibu mengandung

By hypermommyipoh

Senarai barang yang perlu dibawa ke hospital bersalin.
 
Ni lah senarai saya. Actually kat hospital swasta tak payah bawa banyak2 barang pun. Kalau hospital kerajaan mungkin banyak kot (dengar cerita camtu la). My experience masa Dahlia dulu, bawa barang macam baju untuk kita & baby sepasang je time keluar hospital. Tapi i still prepare few things jugak la. Daripada takde kang susah plak kan. So this is my list. For those new mommies out there, u are welcome to copy n paste my list. :)

 Diri Sendiri
• 1 helai tuala mandi
• kertas doa semasa bersalin
• 3 keping tuala wanita bersalin
• 2 helai baju blaus butang depan
• 2 helai kain batik
• 2 pasang stokin
• skirt labuh (untuk waktu balik)
• 3 helai coli khas untuk menyusu
• 3 pelapik coli
• 5 helai seluar dalam pakai buang
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• sabun mandi, bedak, deodoran
• tudung
• bengkung
• flask air
• minyak panas

 Baby’s
• sepasang baju lengan pendek (keluar hospital)
• 2 helai diapers
• 2 pasang booties & mittens
• selimut baby (untuk bedung)
• sehelai tuala mandi
• sepasang baju lengan panjang (spare takut sejuk)
• baby’s toiletries
• 2 helai barut
• sapu tangan (takut muak)

 Abang
• kamera + charger bateri
• sijil nikah (original & fotostat)
• ic (original & fotostat suami isteri)
• sepasang baju salin
• kain pelikat + kopiah
• duit bayar bil hospital
• berus gigi, deodoran
• handphone + charger
• extra top up
• surat GL (kalau government worker- spare)

Post a comment

[ Online : 1863 hari. ]