Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Soalan 1:
Semua transaksi sewa beli adalah dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam kes ini, mengikut Seksyen 23, penjamin iaitu Ahmad mempunyai hak terhadap tuan punya. Penjamin boleh pada bila-bila masa menjaminkan pelepasannya dengan membayar amaun yang harus dibayar kepada tuan punya daripada penyewa. Di mana dalam Seksyen 23(2), atas pembayaran sedemikian dibuat oleh penjamin adalah berhak untuk mendakwa penyewa itu pada nama tuan punya bagi mana-mana pelanggaran obligasi penyewa di bawah perjanjian sewa-beli yang tertakluk untuk memberikan kepada tuan punya indemniti yang sesuai bagi kos-kos. Ahmad juga boleh mendakwa atas namanya sendiri jika ia mengambil suatu gerak kerja undang-undang daripada hutang sewa- beli.
Selain itu, atas pembayaran sedemikian dibuat penjamin berhak mendesak atas pemindahan kepadanya sendiri terhadap semua cagaran-cagaran yang diambil oleh tuan punya daripada penyewa untuk menjaminkan pelaksanaan obligasi penyewa. Selain itu, penjamin iaitu Ahmad adalah berhak menuntut dibuat terhadap oleh tuan punya atas gerenti itu untuk menggunakan mana-mana imbangan atau tuntutan balas yang boleh dimiliki oleh penyewa terhadap tuan punya.
Di samping itu, mengikut Seksyen 24(1) Ahmad juga berhak diganti rugikan oleh penyewa terhadap mana-mana tuntutan yang dibuat oleh tuan punya atas gerenti. Tambahan pula, mengikut Seksyen 24(2), Ahmad adalah berhak untuk memaksa penyewa untuk membayar bayaran ansuran bagi perjanjian sewa-beli yang sebagaiman dan bilakah ia harus dibayar. Ahmad juga boleh memohon kepada salah sebuah mahkamah Majistret untuk meminta suatu perintah kepada kesan tersebut.
Category : Ibu mengandung
Gejala dan tanda keguguran termasuk:
- Pendarahan.
Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi. - Sakit.
Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. - Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
KUALA TERENGGANU – Seramai 10 graduan di seluruh negara sehingga kini telah diisytiharkan bankrap berikutan gagal membayar semula pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhamad berkata, pengisytiharan bankrap terhadap beberapa graduan yang gagal membayar semula pinjaman itu seharusnya menjadi pengajaran kepada peminjam lain.
Menurutnya, pihak Mara tidak kejam dan bukan sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian, sebaliknya tempoh telah diberikan selama dua hingga tiga tahun bag:i graduan terbabit membayar semula pinjaman berkenaan.
“Kini, kami juga masih berunding dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyekat peminjam yang gagal membayar hutang daripada pergi ke luar negara sebagaimana dilakukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN).
KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka.
Pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan.
“Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah,” katanya.
Category : Macam-macam hal
KUALA LUMPUR: Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya.
Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan lelaki yang lain turut ‘tumpang sekaki’ dengan mengejek sesuatu mengenai payudaranya.
Dalam kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang ‘tunjuk kuat’ supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah. “Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu. “Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan.
KUALA LUMPUR: Percaturan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk bertanding merebut jawatan nombor satu MCA ternyata tepat apabila diumumkan Presiden baru parti itu, mengalahkan dua bekas Presiden dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA di sini, semalam. Dr Chua yang menduduki senarai teratas dengan majoriti 68 undi mendapat 901 undi, berbanding dua bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting yang memperoleh 833 undi, manakala Datuk Seri Ong Tee Keat, 578 undi.
Persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan calon favourite, Datuk Seri Liong Tiong Lai mendapat kepercayaan perwakilan apabila memperoleh 1,171 undi sekali gus menyingkirkan pencabar tunggalnya yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti 65 undi. Kong mendapat 1,106 undi.
Pengumuman keputusan pada kira-kira jam 6.50 petang itu melakar era baru kepemimpinan MCA apabila gabungan Dr Chua dan Liow akan bersama menerajui MCA sehingga tempoh penggal ini berakhir pada 2011.
Malah, kepemimpinan mereka akan menentukan hala tuju parti berkenaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Kemenangan Dr Chua mencatatkan sejarah peribadinya dalam politik apabila berjaya membuat ‘comeback’ walaupun menang tipis pada pertandingan tiga penjuru itu.
Category : Apa dah jadi
IBU tunggal yang ditahan kerana positif dadah mengaku tinggal anak lelaki berusia empat tahun di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dua minggu lalu.
Ibu muda mengaku tinggal budak 4 tahun di gerai
ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, kelmarin mengaku dia adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditinggalkan di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dekat sini, dua minggu lalu.
Wanita itu yang positif dadah mengaku dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun. Dia juga mendakwa, bekas suaminya yang juga seorang penagih dadah mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga RM2,000.
“Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu, saya membawa anak lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.
“Bagaimanapun apabila kembali semula beberapa jam kemudian saya dapati gerai itu sudah tutup dan anak saya juga tiada di situ.
Category : Info
Apakah Sewa Beli?
Sewa beli ialah menyewa barang-barang dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat dengan cara ansuran.
Anda ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman adalah pemunya.
Hak milik akan hanya diperolehi oleh penyewa setelah semua bayaran dijelaskan.
Bentuk dan Kandungan Perjanjian Sewa Beli
a. Setiap barang yang dibeli mestilah menggunakan perjanjian yang berasingan. Perjanjian mestilah secara. bertulis.
b. Barang-barang yang saling melengkapi antara satu sama lain dan dijual dalam satu set adalah dianggap sebagai satu item.
Category : Menyayat hati
SHAH ALAM – Mayat seorang bayi yang masih belum dikenal pasti jantinanya ditemui dalam keadaan tangan hampir terputus akibat digonggong seekor anjing dalam kejadian di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang, di sini, petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada saksi, Ahmad Romzi, kira-kira jam 4 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Siasatan awal polis ke atas mayat itu mendapati bayi itu baru dilahirkan berikutan masih terdapat uri ditemui bersamanya. Setakat ini, kita masih belum dapat pastikan bangsa bayi tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.
Arjunaidi berkata, buat masa ini masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu mati ketika dilahirkan atau selepas dibuang selain ketika ditemui mayat terbabit sudah tidak lengkap anggota.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan siasatan dibuat menjurus mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan.
Category : kesihatan
SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.
Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.
Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.
“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.
“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.
“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.
Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.






