Pulanglah nak

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: “Huda…pulanglah nak, biar kita sekeluarga dapat bersama meraikan majlis perkahwinan abang Yazid tak lama lagi,” demikian rintihan seorang ibu, Zubaidah Sulaiman.

Zubaidah, 53, berkata dia sekeluarga merindui anak bongsunya, Siti Nor Huda Md Isa, 24, yang menghilangkan diri dari rumah sejak 16 Februari lalu dan tidak pulang hingga kini. Kejadian berlaku pada petang Tahun Baru Cina lalu apabila anaknya bekerja sebagai kerani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) meminta izin keluar ke pekan Temerloh, Pahang menaiki bas dari pondok bas yang terletak di kawasan tempat tinggal mereka di Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang, bersama rakannya dengan memaklumkan yang dia akan balik seperti biasa.

“Namun selepas dia tidak pulang sehingga malam, saya menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak berjaya kerana telefonnya dimatikan,” katanya.
Menurutnya, selepas bertanya kepada rakan yang didakwa pergi ke pekan bersamanya pada hari itu, rupa-rupanya dia hanya menghantar Siti Nor Huda di pondok bas saja.
Rakannya mendakwa melihat Huda menaiki motosikal bersama lelaki tidak dikenalinya kerana lelaki itu bertopi keledar.
Sementara itu, bapa Siti Nor Huda, Md Isa Asari, 59, berkata sejak anaknya itu menghilangkan diri, dia buntu memikirkan keselamatan remaja itu. Katanya, dia meminta bantuan saudara-mara, kenalan rapat dan pengamal perubatan tradisional menjejakinya.
“Saya membuat laporan di Balai Polis Bandar Pusat Jengka dan laporan kedua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut pada 17 Februari.
“Kami hairan mengapa dia melarikan dari rumah kerana dia seorang anak yang baik,” katanya.
“Saya menyeru supaya Huda dapat menelefon kami dan pulang secepat mungkin dalam keadaan selamat,” katanya yang memberitahu pada hari kehilangan Siti Nor Huda, anaknya itu memakai baju bercorak petak warna merah gelap dan berseluar jeans biru.
Mereka mempunyai maklumat mengenai Siti Nor Huda boleh menghubungi Md Isa di talian 09-4811657 atau abangnya, Yazid di talian 013-2974559.

Post a comment

[ Online : 1017 hari. ]