Tanda-tanda awal mengandung/hamil

57

Category : Ibu mengandung

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.



2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

 6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.

Sumber :

Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah
Columbia Asia Medical Center Puchong,
1 Lebuh Puteri, Bandar Puteri,
47100 Puchong,
Selangor, Malaysia

Comments (57)

saya nak tanya,sebelum nie saya ada pregnant tapi dktr suruh saya cuci sebab anak tak mengembang.26/12/2010 masa saya cuci,lepas cuci period ok tarikh datang haid tak lari jauh dari tarikh bulan lalu.tapi masaalah saya skrg bulan 10 nie saya period keluar cuma setitik-setitik sahaja. period keluar tggal 3 sampai hari nie dah 5hb pun ada setitik je keluar di ikuti sakit payudara dan rasa sedikit sakit kat ari-ari.bulan lalu saya dtg period 05/09/11.

Salam,sy nk tyela..sy bru 2bln kwen.Kitaran period sy xtetap,slalu lwat kdg smpi sming.Piyed last 30.10..now,sjk mnjak ni laen mcm krap kncing,suhu pnas tp xdmam,kdg2 skitpale,nipple rs skit bile kne touch,prut muncit cket cm pregnant,mlm ssh tdow,kuat mkn,kdg2 loya. Tp xbrni nk wt upt sb wktu priod y djangkakn blm tbe lg..hrp2 ad rzeki….

Ape r korg ni….duk sembang dlm ni….tnye doctor terus r bru senang…ni duk tlis pjg2 bkn de org jwb…

Saya dah mengandung baru je masuk 3 bln tapi bawah perut dekat ari2 rasa kejang dan sesekali terasa sakit,harap dapat dapat beri penjelasan

sy ingin bertanye…… sy ade mengalami sedikit pendarahan tetapi bukan uzur….. sy juga mengalami kekejangan pd bhg perut …. tolong jelas kan kepada sy dgn selanjut nye …. sekian terima kasih ….

last period 29-9-2011-3-10-2011..until now 14-11-2011 period xdtg jgk.. salunya period sya teratur jea tiap2 bulan..adaka sya hamil?

saya bulan 12 ada datang uzur .20/12/2011 tapi pada bulan satu cepat pulak 1/1/2012 tapi sikit je darah macam titik je dalam dua hari je tu tanda apa

Post a comment

[ Online : 1811 hari. ]