Tanda-tanda Keguguran

8

Category : Ibu mengandung

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  1. Pendarahan.
    Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  2. Sakit.
    Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  3. Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:

  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:

  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubungan seks
  • Senaman

Sumber :

Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah
Columbia Asia Medical Center Puchong,
1 Lebuh Puteri, Bandar Puteri,
47100 Puchong,
Selangor, Malaysia

Comments (8)

saya ingin bertanya…saya ada lewat datang haid selama 2 hari..tapi selepas sy ada angkat brg berat..terus sy rasa sakit teramat sgt di bahagian perut sy…ada darah keluar…darah sy berbentuk seperti hati ayam..dan sy terpakasa menukar pad sebanyak 3 kali,kerana pendarahan yg banyak..kesakitan sy terasa selam 2 hari…dan kebuasaanya sy period selama 7 hari tapi kali ni hanya 3 hari sahaja..adakah ia gugur?

saya ingin bertanya… apakah risiko kehamilan tetapi disahkan terdapatnya cycst… dan mengapakah saya berasa sakit perut macam hendak period sedangkan saya sudah disahkan doktor saya mengandung

saya sekarang mengandung 8 minggu tapi semasa scan dr kata baru 6 minggu dan tidak nampak denyutan jantung.Saya juga mengalami pendarahan seperti period tapi dalam kuantiti yg kurang sedikit drpd period biasa.Adakah ini petanda keguguran atau adakah kehamilan ini boleh berjaya?

saya ingin bertanya…saya ada lewat datang haid selama 4 hari..saya period seperti biasa..saya meghadapai krem di perut sebelah kanan.
saya ada berjumpa doktor dan buat scan rahim dan pundi kencing .doktor ada ckap tk der ketumbuhan apa2.Semuanya OK.
Period sya dtg selama 13 hari.

Masalah saya skrg period saya hbis selama 4hari…
hari yg kelima sudah bersih.hari keenam ada keluar haid berwarna coklat yg sedikit sehingga hari yg ke 11…masa hari ke 12 ada ketulan darah keluar dari faraj saya.ketulan ini sebesar 2cm.adakah saya gugur ?

saya ingin bertnya..saya mengalami pendarahan d sekitar faraj..tp kuantiti sedikit..sy tak mengalami sakit perut mahupun sakit d sekitar rahim…adakah ini tanda nya saya keguguran..?..namun begitu,tiada ketulan yg keluar..

Sya ingin bertanya…skrg sya mengandung masuk 12 minggu,masalahnya sya mengalami pendarahan sdh 10 hri trmasuk hri ni…pendarahan tu sdikit2,tpi tkda rsa sakit langsung..untuk pengetahuan,seawal 8minggu kandungan sy..sya sdh jmpa Dr untk scan..Dr sahkn kandungn xda masalah dan jantung dh mula berdegup…Bantulah saya!

Salam……

Dokter,saya nak bertanya…sekarang kandungan saya 6bln…tetapi sejak 26 Nov lalu…saya mengalami sakit perut dan kerap ke tandas…saya menyapu minyak angin beransur ok sedikit…akan tetapi sehingga kini saya mendapati ada gelembung d bwh perut kanan saya..saya pergi bt scan dokter kata x apa2..mcm hernia…tapi saya rasa mgkn urat…saya sering mengalami sakit d bwh perut..kadang2 sehingga tembus ke belakang..n sering kebas n krem…apakah itu petanda keguguran?

Tolong bantu saya dokter….. :(

Sorry.. i’m not a doctor.

Post a comment

[ Online : 913 hari. ]