KUALA TERENGGANU – Taktik penipuan melalui mel elektronik (e-mel) dengan tujuan mendapatkan wang secara mudah daripada mangsa dikesan semakin berleluasa sejak belakangan ini.
Paling mengejutkan apabila ada pengirim e-mel misteri itu tanpa rasa bersalah sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT demi memujuk mangsa mempercayai kata-kata mereka.
Pengadu yang mahu dikenali sebagai Adnan, 30, ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia dalam dilema apabila menerima e-mel melalui pengirim wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Puan Comel Habibah Muhammad beberapa hari lalu.
“Dalam e-mel itu, dia bermurah hati memberikan wang sejumlah 2,000,000 dan telah meminta peguam menyediakan segala dokumen berkenaan.
“Dia juga memberitahu bahawa Allah juga Maha Mengetahui niatnya memberikan wang sejumlah itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.






