Keunikan sabun susu kambing

0

Category : Info

KECANTIKAN bukan saja pada luaran, tetapi lahir daripada dalaman kemudian terpancar menerusi wajah.

Jika tubuh sihat dan segar, secara tidak langsung serinya akan terpancar pada wajah. Jadi kombinasi penjagaan dalaman dan luaran sangat penting bagi memastikan kesihatan kulit terjaga dan kekal cantik. Menyedari keperluan wanita yang ingin tampil sihat dan cantik sepanjang masa, Belina Cosmetics Sdn Bhd mendedahkan rahsia kecantikan menerusi rangkaian produk yang dihasilkannya. Sempena ulang tahun ke-28, Belina Cosmetics semakin mengukuhkan kedudukannya dengan rangkaian produk penjagaan kulit bermutu berasaskan susu kambing serta minuman kesihatan Alfalmint yang diproses daripada daun alfalfa.

Kebaikan susu kambing memang diakui sejak zaman dulu lagi. Susu kambing terutama susu dari New Zealand baik untuk kulit serta sesuai dijadikan produk penjagaan kulit. Antara kebaikan susu kambing ialah: – Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang membantu menyokong fungsi penghadaman serta memperbaiki kesihatan kulit.



Susu kambing yang terdapat dalam produk sabun kecantikan Belina mengandungi asid kaprik dan kaprilik yang mengimbangi kandungan alkali secara semula jadi sesuai dengan tahap alkali dalam epidermis manusia.
Susu kambing kaya protein, vitamin dan mineral serta berkhasiat untuk kulit. Membantu melembap dan melembutkan kulit secara semula jadi.
Susu kambing pemutih kulit semula jadi kerana memiliki sifat pemuliharaan dan meremajakan kulit.
Sabun susu kambing juga disarankan pakar dermatologi untuk pesakit psoriasis, ezema dan jerawat.
Susu kambing memiliki 2.1 protein lebih daripada susu lembu, 2.2 kali lebih kalsium, 3.8 kali lebih tinggi vitamin A, dua kali lebih zat besi, 2.1 kali lebih kalium dan 2.2 kali lebih natrium. Untuk mendapatkan sabun susu kambing berkualiti, syarikat Belina memulakan pembuatan produk berkualiti sejak 1966 di New Zealand. Di Malaysia syarikat berkenaan sudah menjual jutaan sabun susu kambing sejak penubuhan pada 1982 malah menjadi barangan jualan terbesar di negara ini. Selain dewasa, susu kambing juga serasi untuk kanak-kanak berumur lebih setahun. Ia kaya dengan sumber kalsium, asid triptofan, protein, fosforus, riboflavin, kalium serta vitamin A, B1, B2, B12, dan D. Selain rangkaian produk penjagaan wajah, Belina juga memperkenalkan minuman kesihatan Alfalmint yang diproses daripada daun alfalfa. Daun daripada jenis legume ini paling kaya klorofil sekurang-kurang empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran. Malah tumbuhan lengkap ini membekalkan 15 jenis mineral, 10 vitamin serta lapan jenis enzim yang membantu menghadamkan lemak, karbohidrat dan protein. Pengambilan Alfalmint sebanyak satu hingga dua sudu makan setiap hari bersamaan dengan khasiat tiga kilogram bayam. Malah satu rahsia alfalfa ialah pada sistem akar yang panjang sehingga menjalar sedalam 30 kaki, oleh itu dapat menyedut nutrien yang tidak boleh dicecah tumbuhan lain. Jadi apabila kita mendapat bekalan nutrien mencukupi, maka kita akan berasa lebih sihat, sistem penghadaman lebih lancar dan badan beroperasi dengan baik. Antara kebaikan cecair Alfalmint ialah:
Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh.
Membantu meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut.
Menambah pembentukan sel darah merah.
Meringankan masalah sengal dan sakit sendi.
Mengurangkan masalah kencing manis.
Melancarkan peredaran darah.
Mengurangkan masalah sembelit, mengurangkan urat timbul dan menambah tenaga.
Membantu meningkatkan kandungan susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak. Kesihatan dalaman lebih lengkap jika diiringi kecantikan luaran. Pengguna juga boleh menggunakan set penjagaan kulit Belina iaitu set pencerahan The Egyptian Beauty yang dirumus susu kambing asli New Zealand. Sabun susu kambing Belina mengandungi bahan semula jadi susu kambing yang mempunyai pelbagai khasiat sama ada daripada sudut kecantikan mahupun penawar penyakit. Penggunaan susu kambing dalam mandian untuk tujuan perawatan kulit terbukti berkesan sejak zaman dulu. Malah ratu Cleopatra dari Mesir dan Yang Kweifei daripada Dinasti Tang juga menggunakan sebagai bahan utama merawat kecantikan harian mereka.

Susu kambing tidak asing lagi namun penggunaannya dalam bidang kosmetik adalah sesuatu yang unik. Sabun susu kambing mengandungi protein tinggi, vitamin A, mineral dan lemak halus yang tidak membeku di permukaan dan memberi kesan kelembutan, kehalusan dan kelembapan yang diperlukan kulit. Produk Belina berasaskan kepada konsep pembersihan sebelum menumpukan kepada perawatan. Sabun Belina dirumus untuk memberi kelembutan dan kebersihan berbeza. Keunikan yang terdapat dalam sabun Belina ialah susu kambing dari New Zealand. Sabun Belina mampu memberi kepuasan kepada pengguna atau boleh dijadikan hadiah istimewa untuk semua kenalan. Dengan bentuk dan ukuran unik ditambah haruman, ia bukan saja memulihkan kecantikan kulit malah memastikan penampilan diri kekal menawan. Produk susu kambing Belina terdapat dalam pelbagai pilihan untuk semua jenis kulit. Untuk kegunaan yang lengkap, ambil Alfalmint dan gunakan set penjagaan wajah dengan selamat kerana dirumus bahan semula jadi tanpa pengawet atau bahan kimia.

Post a comment

[ Online : 1017 hari. ]