Lelaki mati gantung diri

0

Category : Apa dah jadi

KOTA MASAI – Gara-gara putus cinta, seorang lelaki berusia 29 tahun bertindak menggantung dirinya di rumahnya, Jalan Tembikai, Taman Kota Masai, di sini kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, anggota polis bergegas ke rumah mangsa selepas menerima maklumat mengenai seorang lelaki menggantung diri.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia dan mayat yang tergantung di tangga ruang tamu rumah telah diturunkan oleh rakan serumahnya.

“Mangsa bekerja sebagai pekerja am di sebuah kilang di Pasir Gudang dan berasal dari Felda Tenggaruh Selatan, Kota Tinggi menggantungkan dirinya menggunakan selimut di tangga ruang tamu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, hasil siasatan awal, polis percaya mangsa terlalu kecewa dan gagal mengawal emosi selepas putus cinta sehingga mengambil tindakan nekad menggantung diri.

Mohd Roslan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.//sinar

Post a comment

[ Online : 1017 hari. ]