Putri mahu mati syahid demi lindungi Noordin

0

Category : nordin mat top

JAKARTA – Suspek militan wanita, Putri Munawaroh semalam dibicarakan atas dakwaan melindungi suspek pengganas, Noordin Mat Top di sebuah rumah sebelum mangsa mati dibunuh dalam serbuan polis pada tahun lalu.

Putri adalah suspek yang ditangkap polis selepas insiden berbalas tembakan di sebuah rumah di Jawa Tengah pada September tahun lalu.

Prosiding menumpukan kepada hubungan Putri dengan Noordin, yang terbunuh bersama tiga lagi rakannya.

Noordin menjadi buruan polis Indonesia kerana dipercayai menjadi perancang utama dalam lima serangan bom di republik itu sejak 2002, termasuk pengeboman di Bali yang menyebabkan lebih 200 orang maut.

Putri ketika disoal siasat menegaskan bahawa dia enggan menyerah kepada polis kerana mahu mati syahid untuk melindungi arwah Noordin, kata pasukan penyiasat kepada mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, Putri bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun.

Post a comment

[ Online : 1017 hari. ]