Resepi nasi ayam madu & Resepi Nasi Ayam Cina

3

Category : My Resepi

Gambar resepi nasi ayam madu

Gambar : resepi nasi ayam madu

Nasi ayam madu 

Berikut adalah resepi nasi ayam madu dan cara menyediakan nasi ayam madu  
Bahan-bahan ( Resepi nasi ayam madu ini utk 2 orangg )

•2 cawan beras

•1/4 bawang besar

•2 sudu mentega

•sehelai daun pandan

•2 kiub ayam

•madu 

•kicap pekat

•1/2 ekor ayam

•1 sup bunjut adabi

•sos tiram

•1/2 sudu serbuk lada putih

•1/2 inci halia

•3 ulas bawang putih

•[hiasan bagi resepi nasi ayam kita]

•daun bawang

•daun sup

•bawang goreng

•daun salad/timun

Cara-cara resepi nasi ayam:

1.Bersih ayam. Potong ikut suka ( jangan kecik2 sgt)

2.Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang

3.Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak

4.Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.

5.Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh

6.Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi. 

Sekarang resepi nasi ayam kita dah siap. Resepi nasi ayam madu lebih istimewa sebab ia nampak lebih menyelerakan drp resepi nasi ayam biasa. Selamat mencuba resepi ayam madu. 

RESEPI KE-DUA :  Nasi Ayam cina

Bahan-Bahan Nasi Ayam cina:

Untuk ayam

Ayam – seekor (dipotong kecil)

Sedikit kicap

Minyak bijan

Sedikit garam 

Untuk nasi:

beras – dibasuh dan ditus

½ biji bawang besar (potong bulat)

1 inci halia – kisar

1 biji bawang putih-kisar

marjerin 

Untuk sambal Nasi Ayam Chinese Style :

5 biji lada merah

1 biji bawang putih

Sedikit cuka (boleh juga diganti dengan limau nipis)

Sedikit gula dan garam Untuk sup:

2 biji bawang merah

1 biji bawang putih

1 inci halia

Tulang ayam (leher, kaki)

Daun saderi

Bawang goreng

Sedikit karot 

Cara Nasi Ayam cina:

1.Didihkan air, setelah mendidih masukkan ayam, matikan api dan gaul beberapa minit.

2.Asingkan air rebusan dengan ayam tadi.Bahagikan air rebusan kepada 2 bahagian.Separuh untuk nasi dan separuh untuk sup.

3.Perap ayam dengan kicap, minyak bijan dan sedikit garam.Biarkan selama satu jam.

4.Tumiskan bawang besar dengan marjerin.Masukkan bahan kisar lain seperti baang putih dan halia kemudian.

5.Setelah naik minyak, masukkan beras yang telah dibasuh dan dituskan tadi.Masukkan juga air rebusan ayam dan sukat air mengikut jumlah beras yang ingin dimasak (seperti memasak nasi biasa).

6.Masak beras di atas api sehingga separuh masak, pindahkan ke dalam rice cooker.

7.Bila nasi hampir masak, campurkan beberapa titik minyak bijan dan diagaul bersama nasi (optional).

8.Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng sehingga masak.

9.Untuk sup: tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar.

10.Masukkan air rebusan ayam dan bahagian tulang ayam.

11.Rebus sehingga mendidih dan tambahkan hirisan karot.

12.Hidangkan bersama daun saderi dan bawang goreng.

13.Untuk sambal:blendkan lada merah, bawang putih dan halia.

14.Perisakan dengan cuka, gula dan garam.

Cadangan Hidangan:

Nasi ayam ini elok juga dihidangkan bersama daun salad, potongan timun dan tomato.

Tambahan:

Seelok-eloknya kalau inginkan nasi yang sedap, gunakan beras basmathi.Sesuai untuk mereka yang gemarkan  cina yang menggunakan minyak bijan.

Comments (3)

sy nak resipi nasi ayam..boleh tolong emel kan untuk sy tak..

dah di emelkan

tq admin

Post a comment

[ Online : 1806 hari. ]