Seni bina rumah melayu tradisional & gambar rumah tradisional mengikut negeri

2

Category : warisan

Senibina rumah tradirional kelantan

Senibina rumah tradirional kelantan. Gambar :Wan Burhanuddin, USM

 PENGENALAN
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mrk yg sgt erat dengan alam sekitar.  Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.  Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang @ berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.  Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. • Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mpunyai falsafah jiwa sezaman(Spirit of times) 

 BUMBUNG
• Semua ngri di M’sia, rumah Melayu tradisional t’diri dr rumah bumbung ttp slps kdtgn penjajah ia berubah btk kpd btk limas @ bumbung belanda • Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong utk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata @ leper) • Bahan yg digunakan utk mhasilkan bumbung juga sesuai dgn cuaca dan teknologi pd masa itu. • Sepjg tepian hjg bumbung pula selalu dipasang cucur atap @ papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masy melayu. 

  

Gambar rumah tradisional kelantan.

Gambar rumah tradisional Terengganu. Gambar :Wan Burhanuddin, USM

ANJUNG
 Ruang ini biasa digunakn kaum lelaki utk mjlnkn kerja rumah spt mengayam pukat, jaring dll. • Anjung jg merupakn tmpt utk berehat & berbincang bg kaum lelaki. • Falsafah yg hendak diketengahkn dlm msyrkt Melayu adalah utk membataskn @membezakn tmpt ant. Kaum lelaki & wanita. • Wanita lebih dibahagian dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sbg pelindung. • Hal ini menunjukkn msyrkt Melayu amat memntingkn adat & tatatertib masy. Sehingga mnjdkn org Melayu dipandang tinggi krn kaya dgn kehalusan budi pekerti. • Juga mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja. • Masy melayu mpunyai pandangan yang jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya. 

RUMAH IBU
• Merupakn salah sebuah ruang dalam reka btk rumah Melayu yg utama. • Ruang utama ini dipanggil “ Rumah Ibu” krn b’sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. • Ttp selalunya dikenali sbgai ruang lelaki mnandakan lelaki dianggap sbg ketua dan berada dihadapan untuk melindungi. • Ibu juga dianggap mpunyai kdudukan yang mulia dan harus dihormati • Sesuai dengan nama,fungsinya sbg tmpt ahli2 keluarga beristirehat dan bersantai bersama. • Ini jelas menunjukkn msyrkt Melayu amat mementingkn ikatan silaturahim ant. ahli kelurga agar bahagia dan harmoni. 

Gambar rumah tradisional johor

Gambar rumah tradisional johor. Gambar oleh Wan Burhanuddin, USM

BILIK TIDUR
• Ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. • Anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik mlambangkan masy melayu yang mgamalkan ajaran Islam dlm kehidupan • Bilik didirikan bdekatan rumah ibu dan dapur bg myenangkan aktiviti harian.Lelaki akan berada di rumah ibu mnkala perempuan di dapur. • Bilik tidur tidak mnerima tetamu asing mnandakn masy melayu yg peramah dan mesra ttp ada batasnya. 

DAPUR
• Dibatasi dgn dinding utk membezakn ant rumah ibu dgn rumah dapur. • Sbg tmpt kaum perempuan memasak @ tmpt khas utk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kdudukan dapur selepas rumah ibu. • Tmpt khas utk keluarga berkumpul. • Org luar tidak dibenarkn masuk sesuka hati ke ruang dapur. • Tmpt ibubapa menyampai pesanan, nasihat dsbnya. • Falsafahnya adalah utk mengukuhkn silaturahim ant ahli keluarga dan masy melayu yang tetap memelihara hub.kekeluargaan. 

UKIRAN
• Seni ukiran tdpt d tangga rumah, di dinding beranda dsbgnya. • Membuktikn masy Melayu kaya dgn seni yg tersendiri. • Lebih menrapkan falsafah metafora. • Kepingan ukiran berlubang bukan sahaja perhiasan ttp jg menggalakkn udara & cahaya masuk utk menceriakan rumah. • Berunsur corak geometrik @ tumbuhan. • Tiada corak fauna atau binatang selaras dgn larangan agama. 

gambar rumah tradisional negeri sembilan

Gambar rumah tradisional negeri sembilan. Gambar : Wan Burhanuddin, USM

KESIMPULAN
 Masy Melayu terkenal dgn kehalusan pemikiran berasaskan logik dan akal. • Bentuk dan bahan yg digunakan bgantung kepada falsafah ‘Spirit of Times’ • Setiap ruang mpunyai simbolik @ falsafah tertentu yang ingin diketengahkan. • Islam memainkan peranan penting dlm pmbentukan falsafah pembinaaan rumah melayu. • Bergantung kepada adat atau kepercayaan masy,bentuk rumah boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan falsafahnya. 

BIBLIOGRAFI
Mahyudin al-Mudra,Jun 2004,Rumah Melayu:Memangku adat,menjemput zaman,BKPBM,Yogjakarta. Yaakub Idris,2005,Rumah Tradisional:Satu Analisis Senibina Melayu,Fajar Bakti. Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan The,1997,Warisan Senibina Melayu,Penerbit UKM. 

Kajian dilakukan oleh  : 

  • ZULHUSNI BIN JAIS
  • FAIZATUL SYAHEERA ABDUL AZIZ
  • SITI ZURAINI BT MOHAMAD
  • MARY KWAN
  • MUHAMMAD MARWAN MOHD TANOS
  •  MUHAMMAD BIN HASHIM

Gambar : Wan Burhanuddin bin Wan Abidin

Comments (2)

Salam. Wondering where u source the fotos from, TQ.
WanB

Anuar Dan juga melukis ‘ukiran budi’ Melayu dengan bentuk dua dimensi, mengutip segala khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah Kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayam sangkar burung…semua kembali untuk dicintai kerana dia percaya di situlah inti dan semangat budi Melayu yang bersalutkan akal menyatu di jiwa.
Prof. Siti Zainon Ismail

Post a comment

[ Online : 1925 hari. ]