Senibina rumah tradisional Selanggor

0

Category : warisan

Rumah Tradisi Selanggor

Rumah Tradisi Selanggor

Rumah ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor. Ia mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya.

Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega ketika berada di dalamnya. Ia juga bertujuan agar proses pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa. Rumah ini tidak mempunyai selang, berbanding rumah bumbung besar yang lain.

Elemen Senibina
Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapt diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalam rumah. Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap.

Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletap agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding serambi dan selang. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan selesa apabila berada di ruang dalam rumah. Ia juga membolehkan pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa.

Plan lantai rumah Selanggor
Rumah bumbung panjang jenis ini adalah agak besar dan menyediakan pelbagai jenis ruang untuk keselesaan penghuninya. Rumah ibu adalah luas kerana ia digabungkan dengan rumah tengah. Rumah tengah pula bercantum dengan rumah dapur di aras yang sama di sebahagian besar rumah dapur itu.

Rumah ini mempunyai dua bilik, sesuai untuk keluarga yang besar dan taraf kewangan pemiliknya. Rumah ini mempunyai tiga pintu masuk, iaitu satu di bahagian hadapan rumah, satu dari tepi rumah dan satu lagi di bahagian belakang dapur.

Bahagian hadapan menyaksikan kehadiran beranda, ruang teduh yang hanya berjerejak tetapi tidak berdinding sebagai mukadimah apabila seseorang masuk ke dalam rumah. Bahagian anjung pula, merupakan ruang tertutup yang berbeza aras sebagai ruang pertama di dalam rumah. Bahagian anjung dihubungkan dengan rumah ibu melalui serambi. Serambi mempunyai aras yang sama dengan rumah ibu. Bahagian anjung dan serambi merupakan ruang yang direka untuk melayan tetamu bersesuaian dengan acara kenduri kecil atau lawatan secara santai.

sumber :http://malaysiana.pnm.my

Post a comment

[ Online : 1899 hari. ]