Perniagaan Internet Haram??

0

Category : Agama

Sumber drp email :

SOALAN; ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya

menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari

perniagaan itu yang sedang

hangat diperkatakan sekarang?

JAWAPAN;

1. Secara umum semua urusan perniagaan atau jual beli

wajib memenuhi syarat-syarat jual-beli yang ditetapkan

Syarak (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas dari unsur-unsur

yang diharamkan oleh Syarak (seperti gharar, riba,

penipuan, menjual barangan/produk haram dan sebagainya).

2. Khusus kepada jual-beli melalui internet, ia membabitkan

jual-beli barang/produk yang tidak nampak semasa akad iaitu

yang dinamakan dengan bai’ al-ghaib. Menurut ulamak; keharusannya

terikat dengan dua syarat;

a) Dinyatakan dengan jelas barang/produk yang hendak dijual,

ciri-cirinya, harganya, cara penghantarannya dan sebagainya

kepada pembeli.

b) Diberi hak khiyar kepada pembeli apabila menerima barang,

iaitu hak untuk membatalkan jual-beli dan mengambil kembali

wangnya jika barang yang sampai tidak sama seperti yang diiklankan.

Rujukan;

1. al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi,

kitab al-Buyu’.

2. al-Baina as-Sail Wa al-Faqih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, hlm. 22.

Post a comment

[ Online : 914 hari. ]