Taliban sebat, tembak janda hamil

0

Category : umum

HERAT: Anggota Taliban memberkas dan menembak mati seorang wanita hamil di khalayak ramai kerana didakwa berzina, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut polis, Bibi Sanubar, 35, ditahan selama tiga hari sebelum ditembak tiga das di kepalanya oleh anggota Taliban tempatan di daerah Qadis, kelmarin.

Taliban mendakwa janda itu menjalin hubungan sulit sehingga menyebabkan dia hamil.

Sebelum ditembak, Bibi juga disebat 200 kali.

Sementara itu, Taliban menafikan mereka bertanggungjawab. – AFP

Post a comment

[ Online : 1017 hari. ]