TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini mengesyorkan satu ‘pedekatan mudah’ bagi menyelesaikan konflik berpanjangan Palestin-Israel iaitu ‘semua pihak pulang ke negara masing-masing’.
“Sekiranya penyokong rejim Zionis mahu isu ini diselesaikan, jalannya mudah saja…setiap orang perlu pulang ke negara sendiri,” katanya dalam satu persidangan antarabangsa.
Ahmadinejad berkata demikian sebagai reaksinya terhadap tindakan berdolak-dalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan konflik Palestin yang mahu badan dunia itu mengiktirafnya sebagai negara.
“Sesetengah orang miskin dibawa masuk ke Palestin dengan jaminan keselamatan dan pekerjaan sehingga menjadikan rakyat Palestin sendiri sebagai pelarian.
“Jadi sekarang rakyat Palestin asal patut diberi hak di tanah airnya, manakala kumpulan pendatang perlu balik ke negara asal mereka,” katanya.
Persidangan antarabangsa mengenai Palestin di Tehran selama dua hari itu dihadiri ahli Parlimen dari 20 negara dan ketua negara, termasuk Ketua Pergerakan Hamas yang kini dalam pelarian, Khaled Meshaal. – AFP






