Pemberontak Libya ramal kemenangan semakin hampir

0

Category : umum

BENGHAZI: Kumpulan pemberontak Libya hari ini mendakwa peperangan mereka terhadap rejim Muammar Gaddafi hampir memasuki ‘fasa kemenangan’ dan menjangkakan rejim itu akan berakhir hujung bulan ini.

 

Mereka juga menolak sebarang rundingan dengan pemimpin rejim Gaddafi dan mahu peralihan kuasa dilakukan sebaik presiden Libya itu disingkirkan. “Majlis Peralihan Kuasa Kebangsaan (NTC) akan diteruskan tanpa ada lagi tempoh masa lapan bulan yang ditetapkan dan berakhirnya kuasa 42 tahun Gaddafi di Libya,” kata Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil.

 

Beliau sebaliknya berkata sau referendum mengenai perlembagaan baru akan dilaksanakan dalam masa 20 bulan.

 

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

0

Category : Politik

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

 

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

 

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali – pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini – menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

 

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

 

Persediaan menyambut kelahiran / anak pertama

1

Category : Ibu mengandung

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

 

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa ‘panik’.

 

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil “Braxton Hicks contraction”.

 

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

 

1. Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

KRONOLOGI BERSIH 2.0 – Ambiga, Hadi, Mat Sabu ditangkap, Anwar cedera .

0

Category : Politik

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

 

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

 

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

 

LAPORAN LANGSUNG:

 

4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) – yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

 

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

 

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

 

4.50pm: Hotel Hilton – Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

 

4.45pm: Hotel Midah – Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

 

4:40pm: Pudu – Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

 

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

 

Perhimpunan haram: Omardin cabar Anwar

0

Category : Politik

KUALA LUMPUR: Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara berikutan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, semalam, untuk berdialog dengan beliau secara langsung di televisyen, dalam waktu terdekat.

 

Omardin mahu dialog itu menjadi medan Anwar meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan yang menyebabkan BERSIH 2.0 berlangsung semalam walaupun selepas pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan.

“Jika berani, beliau sepatutnya bersedia untuk mengadakan majlis dialog itu. Saya bukan seorang ahli politik, bagaimanapun saya mahu tahu apa yang sebenarnya menyebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pilihan raya negara, hingga menyebabkan BERSIH 2.0 diadakan?

Galak lelaki pilih ibu tunggal

0

Category : umum

KOTA BHARU: “Jika sesiapa termasuk wakil rakyat nak kahwin dengan ibu tunggal, itu satu kebaikan dan digalakkan kerana dapat membela nasib mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.

Malah, katanya, Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal.

Wan Ubaidah berkata demikian mengulas cadangan pemberian insentif itu yang dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kelmarin.

Perihal Wuduk, rukun-rukun wuduk

0

Category : Agama

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ – (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:

Wajib

  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.

 

Sunat

  • Ketika hendak mandi wajib
  • Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
  • Ketika hendak tidur
  • Ketika marah

 

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:

Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib

Subsidi dikaji jika minyak cecah lebih AS$110 setong

0

Category : umum

Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

 

Semalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini.

 

“Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api),” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di Petaling Jaya hari ini.

 

Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah.

 

Beliau berkata, jika harga minyak terus meningkat, kerajaan akan berbelanja lebih terhadap subsidi yang akan membawa kepada defisit lebih tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

 

“Apabila kita (kerajaan) merancang belanjawan tahun ini, kita melihat pada harga minyak antara AS$85 dan AS$90 setong.

 

Cara / makanan menambahkan susu ibu

0

Category : Ibu mengandung

Makanan harian yang boleh menambahkan/membanyakkan susu ibu

Saja-saja nak kongsi makanan-makanan yang boleh membantu ibu-ibu menyusu menambah susu badan.

Antaranya:

1.  Kekacang
2. Kerang
4. Kurma — direbus dan diminum airnya.
5. Pegaga
6. Lobak putih
7. Longan
8. Asas Kacang soya- tempe, tauhu, minuman soya

 

Teknik/ cara menambahkan susu ibu


1. Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? – 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.
2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.
3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlah pam yang berbaloi walaupun agak mahal.

Hutang galak kekufuran

0

Category : Agama

KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

 

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.

Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

 

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

 

 

Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)

 

 

 

Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)

 

[ Online : 1011 hari. ]