Berwuduk atas Kasut

Berwuduk atas Kasut

Mengenai wuduk semua orang tahu. Tapi bagaimana pula berwuduk atas kasut?

Mughirah ibnu Syu’bah berkata :
” Pada suatu malam saya pernah bersama Rasulullah. Saya menuangkan air dari bekas lalu baginda pun berwuduk. Kemudian saya menawarkan diri untuk membuka kasutnya lalu baginda berkata : ” Janganlah dibuka. Biarkan sahaja. Saya memakainya dalam keadaan kaki suci (dalam keadaan berwuduk). ” Sesudah itu baginda menyapu bahagian atas kasutnya itu.
(Sahih al-Bukhari,no:5799)

Berwuduk atas kasut ini adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Allah pada kita.

Cara-cara berwuduk atas kasut :
1- Ambil wuduk seperti biasa
2- Ketika masih dalam keadaan masih berwuduk, pakai kasut, sandal atau selipar bersama stoking.
3- Apabila wuduk telah batal dan kamu ingin memperbaharui wuduk, berwuduklah seperti biasa. Perbezaan hanya pada kaki, iaitu kamu hanya perlu menyapu di bahagisan atas kasut dengar jari-jari atau tisu yang lembap.
4- Cara ketiga-tiga di atas boleh diulangi selama sehari semalam bagi orang yang bermukim dan tiga hari bagi orang bermusafir.
5- Jika telah tamat tempoh, ulangi dari langkah pertama di atas.

 

Syarat-syarat berwuduk atas kasut :

1- Memakai kasut ketika masih berwuduk. Berwuduk sebelum memakai kasut adalah seperti biasa.
Continue reading “Berwuduk atas Kasut”

Kaedah Pengiraan Waktu Dhuha

Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;

ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى

Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]

 

Cara 1

Secara kasarnya ianya boleh dikatakan seperti berikut:

Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk hingga setengah jam sebelum waktu zuhur. Boleh dilakukan secara jemaah.

sumber 1 (mufti N9) : http://www.muftins.gov.my/index.php/component/content/article/172-pertanyaan-hukum/akidah/579-solat-dhuha

 

Cara 2

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;

– Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;

Waktu Syuruk: 0638 pagi

Waktu Subuh : 0524 pagi

Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :

Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)

= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)

= 0638 pagi + 25 minit

= 0703 pagi.

(Unit Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie .hlm.44)

[1] Wahbah Az Zuhaili.1996. Fiqh dan Perundangan Islam. Penterjemah Syed Ahmad Syed Hussain et. el. Jilid III hlm. 690

sumber 2 : http://ustazazhar.com/v01/pengiraan-waktu-dhuha/