Ashabul Ukhdud : kisah pemuda, tukang sihir dan raja yang zalim

Ashabul Ukhdud

ukdud-

Daripada Suhaib r.a., bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda (mafhumnya): “Pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Tatkala ahli sihir itu telah (mencapai usia) tua”, dia berkata kepada raja: “Patik telah tua (dan jika tuanku perlukan pengganti) maka hantarkanlah kepada patik seorang ghulam untuk patik ajarkannya ilmu sihir”. Raja pun kemudiannya menghantar seorang ghulam untuk tujuan tersebut. Secara kebetulan dalam perjalanan (untuk belajar ilmu sihir), ghulam telah bertemu dengan seorang rahib, lalu dia duduk dan mendengar ajaran rahib tersebut. Kemudian ghulam itu tetarik dengan ajaran rahib sehingga dia terlewat sampai ketempat ahli sihir yang mengajarnya. Apabila sampai, dia telah dipukul oleh ahli sihir. Kemudian dia telah mengadu kepada rahib yang ditemuinya tadi. Rahib tersebut berkata: “Jika kamu takut dipukul oleh ahli sihir itu, berilah alasan dengan berkata: “Aku terlambat kerana ditahan (untuk menyelesaikan urusan yang disuruh oleh) keluargaku”. Dan jika kamu takutkan keluargamu (kerana terlewat balik ke rumah) maka, jawablah kepada mereka: “Aku ditahan oleh ahli sihir itu”.

 

Pada suatu hari ketika dia berulang-alik (diantara rumahnya dan rumah ahli sihir), dia telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Lantas dia berkata dalam hatinya, “hari ini aku ingin tahu siapa yang lebih baik ajarannya? Ahli sihir ataupun rahib?”Lalu dia mengambil seketul batu sambil berkata: “Ya Allah, jika ajaran rahib itu lebih baik daripada ajaran ahli sihir, maka matikanlah binatang besar ini supaya orang ramai dapat meneruskan perjalanan mereka”. Kemudian dia melontar batu tersebut dan terkena binatang besar itu lalu binatang itu mati serta merta. Orang ramai yang terhalang perjalanan dapat meneruskan perjalanan mereka dengan aman.

 

Ghulam memberitahu rahib mengenai peristiwa itu lantas rahib pun berkata: “Wahai anakku engkau kini(berada pada kedudukan yang)lebih utama daripadaku dan engkau telah sampai kekemuncak urusan ini sebagaimana pandanganku. Sesungguhnya kamu akan diuji. Sekiranya engkau diuji, janganlah menunjuk kepadaku”.(Kemudiannya) Ghulam telah dapat mengubati penyakit buta dan sopak. Dia telah mengubati orang ramai daripada berbagai-bagai penyakit.
Seorang pendamping raja yang buta telah mendengar berita itu lalu datang dengan berbagai hadiah lantas berkata: “Nah! Ini semua akan menjadi milikmu jika kamu dapat menyembuhkan penyakitku ini”. Jawab Ghulam: “Saya tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah Taala yang boleh menyembuhkannya. Sekiranya kamu beriman dengan Allah Taala, saya akan berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitmu ini”. Ketika itu juga dia beriman kepada Allah (dan apabila didoakan oleh ghulam matanya) disembuhkan oleh Allah.
Continue reading “Ashabul Ukhdud : kisah pemuda, tukang sihir dan raja yang zalim”

PEPERANGAN MU’TAH

PEPERANGAN MU’TAH : Sejarah dan Pengajaran

PENDAHULUAN

Perang Mu`tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H bersamaan bulan Ogos atau September 629M. Mu`tah ialah ssebuah kampong yang terletak di daerah Balqa` yang berada di dalam negeri Syam. Negeri Syam ialah jajahan takluk empayar Rom yang ketika itu diperintah oleh Maharaja atau Kaisar Hercules.

Kaisar Hercules sebelum ini pernah mendapat risalah daripada Rasululullah SAW untuk memeluk Islam akan tetapi baginda menolak kerana lebih menyayangi kekuasaannya.

Hercules takut kuasanya sebagai maharaja jatuh kerana memeluk Islam walaupun mengetahui kebenaran Islam. Perang ini merupakan pertembungan pertama tentera Islam dengan tentera Rom. Ianya juga merupakan pertembungan kali pertama tentera Islam di luar negeri Hijaz (kini dikenali sebagai Arab Saudi).

PUNCA BERLAKU PEPERANGAN MU’TAH

Rasulullah SAW telah menghantar seorang utusan iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi kepada pembesar di Busra, Syam. Gabenor daerah Banu Balqa` iaitu Syurahbil bin Umar Al-Ghassani telah menangkap utusan Rasulullah SAW dan diserahkan kepada Kaisar Rom. Utusan Rasulullah SAW kemudiannya dibunuh dengan cara lehernya dipancung.

Tindakan membunuh utusan tindakan tersebut merupakan suatu jenayah dan seakan-akan pengisytiharan perang terhadap kaum Muslimin. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW telah mengerahkan tentera Islam untuk memerangi kezaliman Kaisar Rom.

KEKUATAN UMAT ISLAM

– Bilangan Tentera : 
3000 orang

Continue reading “PEPERANGAN MU’TAH”