Tiga Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Ali bin Husain r.a (cucu Saidina Ali k.w) berkata : “Jika Allah SWT mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan yang akhir, maka ada seruan yang memanggil : ‘Dimanakah orang ahlul fadhli? Lalu bangkit beberapa orang yang langsung menuju ke syurga, maka disambut oleh malaikat dan ditanya : ‘Hendak ke mana kamu?’ Jawab mereka : ‘Ke syurga.’ Di tanya lagi : ‘ Sebelum di hisab?’ Jawab mereka : ‘Ya sebelum hisab.’ Lalu ditanya: ‘Siapakah kamu?’ Jawab mereka :’Kami ahlul fadhli.’ Lalu ditanya : ‘Apakah kelebihanmu di dunia? ‘ Jawab mereka :’Kami jika diganggu orang kami maafkan dan jika diperbodohkan orang kami bersabar.’ Maka berkata makaikat :’Masuklah kamu ke syurga maka sebaik-baik pahala yang telah beramal’.”
Kemudian ada seruan : “Di manakah ahli sabar.’ Lalu berdiri sebahagian orang dan terus menuju ke syurga. Maka ditanya oleh malaikat : ‘Kamu hendak kemana?’ Jawab mereka :’ Ke syurga,’ Di tanya : ‘Adakah sebelum hisab?’ Jawab mereka :’Ya sebelum hisab.’ Lalu ditanya : ‘Siapakah kamu?’ Jawab mereka : ‘Kami ahli sabar.’ Lalu ditanya :’Bagaimana kesabaranmu?’ Jawab mereka : ‘Kami sabar buat taat , dan sabar meninggalkan maksiat.’ Maka berkata malaikat ;’Silakan masuk syurga , maka sebaik-baik pahala bagi yang beramal.’

Continue reading “Tiga Golongan Masuk Syurga Tanpa Hisab.”

maksud dan makna asma ul husna

Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.

Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.

Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.

asma-ul-husna-sq

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

Continue reading “maksud dan makna asma ul husna”

3 perkara yg Allah,Nabi Muhammad, Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali,Jibrail suka

  • 3 perkara yg Allah suka :- tangisan orang2 yang bertaubat, mengazab orang2 yang berdosa tidak bertaubat dan memperkenankan doa orang yang terpaksa.
  • 3 perkara yg nabi suka tentang dunia :- wangi2an, wanita(isteri) dan sembayang.
  • 3 perkara yg saidina Abu bakar suka :- melihat rasullah, menafkahkan hartanya kepada rasullah, suka berada dihadapan rasullah(di majlis rasullah).
  • 3 perkara yg saidina Umar suka :- suka melihat wajah wali Allah, keras dengan musuh dan menjaga batasan2 yang Allah tetapkan,
  • 3 perkara yg saidina Usman suka :- memberi salam, memberi makan dan sembayang dimalam hari ketika orang lain sedang tidur.
  • 3 perkara yg saidina Ali suka :- berperang, berpuasa dalam waktu musim panas dan memuliakan tetamu
  • 3 perkara yg Jibrail suka :- memberi petunjuk kepada orang yang sesat, menolong orang2 miskin dan menerima kalam drp Allah.

 

Sumber :-

 

 

 

 

 

Golongan yang berada disyurga

Golongan yang berada di syurga nabi2, siddiqin, syuhada dan solehin.
Selekeh-lekeh martabat ahli  syurga ialah solehin.
Jika martabat ini tiada pada kita, maka tiadalah tempat kita disyurga.

Maksud Soleh:
– Amalan hati dan zahir sama.

– Orang yg laksanakan hak Allah dan hak hamba-hamba Allah.

– Mengarahkan semua kehidupan dan harta bendanya untuk mencari keredhaan Allah

Sumber: Sheikh Zainol Asri