Haiwan pelik : Haiwan putih

0

Category : Ajaib

Tupai putih

Lelaki ‘tegang’ tiga minggu nyaris maut

1

Category : Ajaib

KOLKATA: Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah.

‘Ketegangan’ itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah ‘priapism’ yang menyebabkan darah beku di kemaluannya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan.

 ’Priapism’ merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu ‘sentiasa tegang.’

Sleeping Beauty : Tidur 20 jam sehari

0

Category : Ajaib

FUNGSI utama tidur akan terjejas jika terlebih tidur.

ADA sesuatu yang amat luar biasa mengenai Louisa Ball setiap kali dia tidur. Apabila melelapkan mata, dia mampu tidur sepanjang hari dan jika itu berlaku, tiada sesiapa atau apa yang dapat mengejutkan gadis berusia 15 tahun itu.

Louisa, yang tinggal di Worthing, tenggara England, telah didiagnosis menghidap Sindrom Kleine-Levin, juga dikenali sebagai penyakit Sleeping Beauty, yang menyebabkan pesakit boleh tidur lena selama berminggu-minggu.

Menurut ibunya, Lootie, keadaan anak gadisnya itu bermula setahun yang lalu akibat selesema dan perlahan-lahan, episod tidur Louisa bermula.

Bukan sahaja dia gagal menyiapkan kerja sekolah dan menduduki peperiksaan, Louisa turut terlepas menghadiri majlis tari-menari, Halloween serta kehidupan normal gadis yang sama usia dengannya.

Rekod tidur paling lama Louisa ialah selama 13 hari.

Keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Louisa mula menjadi cepat marah dan kurang bercakap, itu bermakna mereka perlu bersedia menghadapi waktu tidur Louisa yang panjang.

Bayi lelaki terkecil di dunia

0

Category : Ajaib

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Tom Thumb sedang diberi rawatan.

BERLIN – Seorang bayi menjadi bayi lelaki yang tidak cukup bulan termuda di dunia yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang dilahirkan selepas 16 minggu kelihatan amat kecil dengan beratnya ialah 275 gram.

Bayi itu yang diberi nama jolokan Tom Thumb kini dirawat di sebuah hospital di Jerman dengan saiz badannya lebih kecil daripada tin minuman Coke.

Rekod bayi terkecil sebelum ini dipegang oleh Tyler Martin yang dilahirkan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 2004 dengan berat 320 gram.

Wanita disah mati hidup semula

0

Category : Ajaib

BOGOTA: Seorang wanita berusia 45 tahun yang disahkan mati oleh doktor, mengejutkan pekerja rumah pengurusan mayat apabila dia hidup semula.

Noelia Serna dihantar ke hospital selepas diserang sakit jantung dan bergantung kepada mesin bantuan hayat sebelum doktor mengesahkan dia mati.

Di rumah pengurusan mayat, seorang pekerja mendapati Noelia bergerak dan kemudian bernafas sebelum dia dihantar semula ke hospital. Wanita itu dipercayai mengalami Sindrom Lazarus, keadaan yang menyebabkan pernafasan dan degupan jantung jatuh ke paras paling rendah sebelum kembali normal. – Agensi

Daun gula

0

Category : Ajaib

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

KENAIKAN harga gula mulai 1 Januari lalu, disambut rungutan orang ramai yang sudah menganggapnya sebahagian bahan keperluan utama kehidupan. Seperti dijangkakan, berlakulah masalah kekurangan bekalan gula di pasaran selain pembelian panik oleh pengguna yang selama ini sudah sebati dengan bahan pemanis itu.

Berikutan itu, pelbagai langkah diambil kerajaan untuk mengatasinya dan pada masa sama menyarankan orang ramai mengurangkan jumlah pengambilan gula berikutan peningkatan jumlah pesakit diabetes dan darah tinggi setiap tahun.

10 rekod dunia terbaik

0

Category : Ajaib

Sotong raksasa

Sotong raksasa

 APA persamaan yang ada pada sotong raksasa seberat 450 kilogram, peta genom manusia pertama dan pelari pecut Usain Bolt? Jawapannya: Semuanya tersenarai dalam 10 Rekod Dunia Terbaik Buku Guinness sepanjang dekad lalu.

“Dengan begitu banyak pencapaian dilakukan sepanjang tempoh itu, kami memutuskan untuk membiarkan peminat memilih yang terbaik daripada yang terbaik,” kata Ketua Pengarang Rekod Dunia Buku Guinness, Craig Glenday.

Selepas beribu-ribu undi, pemilihan ‘Rekod Terbaik Sepanjang Dekad Lalu’ memang tidak mengecewakan.

 Ciptaan Yang Bukan-Bukan — Rantai Pembungkus Gula Getah Terpanjang

SEJAK 11 Mac 1965, Gary Duschl dari Virginia, Amerika Syarikat membuat rantai pembungkus gula getah. Apabila siap pada 11 Mac 2009, rantai itu berukuran 17,760 meter panjang dan membabitkan 1,370,166 pembungkus, 2,740,322 sambungan dan seberat 365.6 kilogram.

 

Buah tembikai unik

0

Category : Ajaib

tembikaitatoo

Thumbelina – Kuda Terkecil Di Dunia

0

Category : Ajaib

thumbelina_smallest_horse_dalamThumbelina (kiri) bersaiz kerdil berbanding kuda yang lain. -Foto thatsweird.net

IA mungkin bersaiz kecil. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

Bagaimanapun, ia tetap seekor kuda kerdil yang cantik.

Lelaki Kahwin Anjing Elak Sumpahan

0

Category : Ajaib

KITA biasa mendengar cerita ‘lelaki gigit anjing’. Bagaimana dengan cerita ‘lelaki kahwin anjing’?

Pelik tetapi benar, ia berlaku di India dua tahun lalu. Perkahwinan luar biasa itu berlangsung di sebuah kuil tradisional Hindu di negeri Tamil Nadu, selatan India.

Pengantin lelaki ialah Selvakumar, seorang petani yang berusia 35 tahun. Dia berkahwin dengan seekor anjing betina bernama Selvi.

Apakah sebabnya dia bertindak sedemikian? Selvakumar ingin menebus dosanya 17 tahun lalu. Dia telah melempar batu ke arah dua ekor anjing sehingga anjing itu mati.

[ Online : 913 hari. ]