Ketinggian Burj Dubai dirahsiakan

0

Category : Ajaib

du_01_1CHICAGO – Tidak ada keraguan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Namun, hanya beberapa orang yang mengetahui ketinggian sebenar bangunan tersebut.

“Ia (ketinggian) masih lagi menjadi rahsia,” kata jurutera struktur menara itu, William Baker dalam satu temu ramah sebelum bangunan tersebut dibuka secara rasmi pada 4 Januari depan.

Gambar anjing tertinggi di dunia

0

Category : Ajaib

anjing-tertinggiTUSCON, Amerika Syarikat – Seekor anjing jenis Great Dane di sini, dipercayai menjadi anjing tertinggi di dunia, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anjing gergasi bernama George itu setinggi 1.09 meter dan memiliki berat 111 kilogram serta panjang 2.2 meter.

Pemilik anjing jinak itu iaitu pasangan suami isteri David dan Christine Nasser berkata, mereka sedang menanti pengesahan Guinness World Records mengenainya.

Rekod kategori tersebut sebelum ini dipegang seekor anjing bernama Gibson yang memiliki ketinggian 1.07 meter. – Agensi

50 batang jarum dalam tubuh budak

0

Category : Ajaib

GAMBAR X-ray menunjukkan 50 batang jarum berada dalam

GAMBAR X-ray menunjukkan 50 batang jarum berada dalam

BRASILIA, Brazil – Doktor-doktor di Brazil menemui sebanyak 50 jarum jahitan di dalam tubuh seorang budak lelaki berumur dua tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, jarum itu akan dikeluarkan menerusi satu pembedahan.

Salah seorang doktor itu, Dr. Luiz Cesar Soltoski berkata, beberapa jarum akan dibiarkan berada di dalam tubuh budak tersebut kerana ia terletak dekat dengan hati.

Menurutnya, pembedahan untuk mengeluarkan jarum yang dekat dengan hati itu mungkin berbahaya.

Nelayan tangkap udang karang gergasi

0

Category : Ajaib

Gambar udang kara gergasi

Gambar udang kara gergasi

EXETER, Britain – Seorang nelayan, Simon Sharp terkejut melihat seekor undang karang gergasi sepanjang lebih satu meter terperangkap pada pukatnya ketika dia keluar menangkap ikan bersama isterinya di luar pantai Devon pada minggu lalu.

Sebuah akhbar melaporkan, Sharp, 42, mencampakkan udang karang itu ke laut selepas merakamkan gambarnya dengan menggunakan telefon bimbit kerana tidak mahu melihat ia mati jika dibawa ke darat.

“Ia juga tidak sesuai dimakan kerana isinya amat liat,” kata Sharp.

Sotong kurita mungkin lebih bijak daripada sangkaan anda

0

Category : Ajaib

 

SOTONG kurita membawa tempurung kelapa ke dasar laut.
SOTONG kurita membawa tempurung kelapa ke dasar laut.

SYDNEY – Sotong kurita mungkin lebih bijak daripada sangkaan anda. Saintis-saintis mendedahkan sotong itu menggunakan dua tempurung kelapa untuk dijadikan tempat perlindungan di dasar laut.

Penemuan itu didedahkan di sini semalam dan kes pertama dikesan berlaku di Sulawesi Utara dan Bali, Indonesia. Seorang penyelidik biologi, Julian Finn berkata, dia terkejut melihat sotong itu menjadikan tempurung sebagai tempat perlindungan mudah alih. – Agensi //cosmo

Gambar pemandu kereta KB mall

2

Category : Ajaib

Gambar pemandu kereta KB mall (NOR AIN SAID)

Gambar pemandu kereta KB mall (NOR AIN SAID)

Kesian awek ni jadi mangsa sebab kena jadi “pemandu terjun”. 

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH …

0

Category : Agama, Ajaib

‘Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Qur’an’. Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Gambar Monalisa guna cawan

0

Category : Ajaib, Karya Seni

THERE ARE NO LIMITS IN ART !!!!

Artist assistants stand next to 3,604 cups of coffee which have been made into a giant Mona Lisa in Sydney, Australia. The 3,604 cups of coffee were each filled with different amounts of milk to create the different shades!!
ATT00034

Spesies udang terkecil

0

Category : Ajaib

UDANG Hitam King Kong mempunyai jangka hayat yang pendek dan sukar diternak.

UDANG Hitam King Kong mempunyai jangka hayat yang pendek dan sukar diternak.

SPESIES udang hitam putih yang bersaiz kecil yang diternak di Taiwan dijual pada harga AS$830 (RM2,809) seekor kepada pengumpul-pengumpul yang obses di Jepun.

Udang yang juga dikenali sebagai King Kong Hitam itu dipamerkan di Ekspo Akuarium Taiwan Antarabangsa. Namun, menurut satu kenyataan seorang pegawai pameran, spesies udang itu mempunyai jangka hayat yang pendek dan sukar untuk membiak.

Sebanyak 2,000 spesies udang tersebut diternak oleh empat penternak di Taiwan dengan teknologi yang sesuai. Ia berjaya menarik minat ramai pembeli kerana kecomelannya di dalam akuarium dan ketiadaan peluang untuk mereka menternak udang tersebut.

Anak lembu berkaki palsu

0

Category : Ajaib

in_06_2JIKA beberapa bulan lalu, ia sesuatu yang pelik bagi Meadow tetapi kini tidak lagi. Meadow adalah seekor anak lembu Angus hitam yang terpaksa menghabiskan usianya di kandang lembu di timur laut New Mexico dengan memakai kaki prostetik pada kedua-dua belah kaki belakang.

Meadow ditemui oleh seorang penternak, Nancy Dickenson dan anak tirinya, Martha di kawasan kejiranan mereka.

Anak lembu dalam lingkungan umur 11 bulan itu kehilangan kedua-dua belah kuku belakang dan sebahagian daripada telinganya akibat kecederaan pada tisu akibat sejuk beku.

[ Online : 1011 hari. ]