08 Mar 2010 @ 9:36 AM 

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun layak digelar ‘gengster cilik’ apabila dia bukan saja nekad menyamun warga emas yang juga nenek kepada rakannya, malah sanggup membelasah mangsa sehingga patah kaki.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu bersama seorang lagi rakannya berusia awal 20-an di rumah mangsa di Bandar Tun Razak, di sini.

Malah, kedua-dua suspek terbabit berulang kali memijak dan menendang mangsa berusia 57 tahun itu ketika cuba meloloskan diri.
Semuanya bermula jam 11 malam pada Jumaat lalu, apabila kedua-dua suspek pergi ke kediaman seorang lagi rakan mereka, sebelum bertemu dengan warga emas terbabit yang berseorangan di rumah.
Kedua-dua suspek cuba merampas barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 09:36 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 04 Mar 2010 @ 10:00 AM 

KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
More »

Posted By: admin
Last Edit: 04 Mar 2010 @ 10:00 AM

EmailPermalinkComments (2)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 26 Feb 2010 @ 2:54 PM 

 RAWANG: Seorang tukang sapu, Misliah Rosdi, 53, terkejut apabila menerima surat peringatan mendakwa dia ‘pengarah’ sebuah syarikat yang culas membayar cukai.

Wanita itu berkata, surat berkenaan dihantar ejen pemungut bayaran sebuah syarikat ke rumah lamanya di Kampung Sungai Buaya dekat sini, pada 21 Februari lalu. “Saya bagai nak pengsan apabila melihat perkataan ‘court’ (mahkamah) sebaik membaca surat ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu.

Walaupun tidak faham keseluruhan kandungannya, hati tidak gembira melihat perkataan yang mengandungi perintah mahkamah ditulis perenggan akhirnya. “Langsung tak logik. Saya yang miskin, tidak mempunyai telefon bimbit dan hanya ada motosikal lama menjadi pengarah sebuah syarikat sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Misliah yang juga ibu kepada enam anak berkata, dia membawa surat itu ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Isnin lalu, sebelum meminta bantuan beberapa guru membaca dan menterjemah kandungannya.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 26 Feb 2010 @ 02:54 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 12 Feb 2010 @ 7:19 PM 

More »

Posted By: admin
Last Edit: 12 Feb 2010 @ 07:23 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 11 Feb 2010 @ 12:29 AM 

KUALA LUMPUR – Ketiadaan Akta Halal dikatakan menjadi punca utama berlakunya lambakan sijil dan tanda halal palsu serta kecuaian pihak tertentu dalam mematuhi peraturan penyediaan produk-produk halal mengikut syarak.

Keadaan ini berlaku ekoran tiadanya undang-undang khas untuk membendungnya menyebabkan umat Islam sering keliru dan tertipu dengan tanda halal palsu yang dipaparkan di restoran dan produk, terutamanya makanan.

Terdapat tiga laporan polis dibuat oleh awam di sekitar Sentul di sini berhubung kekeliruan pengguna terhadap penggunaan tanda halal mencurigakan kelmarin seterusnya diadukan pada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, penyalahgunaan dan pemalsuan tanda halal di negara ini bukan perkara baru dan ia semakin serius berikutan tiada kawalan khusus dilakukan pihak berkuasa.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 11 Feb 2010 @ 12:29 AM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 04 Feb 2010 @ 12:03 AM 

Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!

Posted By: admin
Last Edit: 03 Feb 2010 @ 02:05 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Apa dah jadi
 28 Jan 2010 @ 6:17 AM 

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk ‘God’.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 28 Jan 2010 @ 06:17 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 26 Jan 2010 @ 5:40 AM 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik balik pengharaman buku ‘Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism’ yang dikuatkuasakan lebih setahun setengah yang lalu.

Buku berkenaan diedit oleh pakar sosiologi dari Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Norani Othman dan diterbitkan untuk NGO, Sisters in Islam (SIS).

 Buku berkenaan adalah kumpulan esei nukilan aktivis dan para intelektual antarabangsa. Ia diharamkan oleh kementerian dalam negeri pada 31 Julai 2008 atas alasan ia boleh mengugat ketenteraman awam.

Ia juga dikatakan boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam, khususnya wanita.

Dalam penghakimannya, petang tadi, hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata dia gagal melihat bagaimana buku berkenaan boleh menganggu ketenteraman awam seperti yang didakwa.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 26 Jan 2010 @ 05:40 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 24 Jan 2010 @ 7:33 AM 

“SELEPAS kedua-dua kaki saya dipotong, bukan kata-kata semangat yang saya terima. Sebaliknya, setiap hari saya dicemuh dan dihina kerana menyusahkan mereka.

“Isteri dan anak-anak menganggap saya sebagai beban apatah lagi apabila saya kerap minta bantuan mereka untuk bergerak atau menguruskan diri.

“Kadang-kadang, kewujudan saya di rumah seperti tidak dipedulikan. Saya menjadi penagih simpati daripada isteri dan anak-anak sedangkan selama ini tulang empat kerat ini yang memberi mereka makan,” luah Othman Ismail, 70.

Hidup pesara kerajaan ini dahulunya meriah dengan gelak tawa isteri dan dua pasang cahaya mata.

Walaupun tanpa kemewahan yang melimpah ruah, ia cukup membuatkan hatinya bahagia apabila anak-anaknya berjaya, malah ada yang melangkahkan kaki ke universiti.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 24 Jan 2010 @ 07:33 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 23 Jan 2010 @ 10:41 AM 

http://www.joharapat.blogspot.com

sekolahApabila saya melihat iklan di TV kanak kanak memukul rebana sambil menyebut potong, potong, potong , teringat saya kepada Kerajaan BN 1 Malaysia yang sekarang ini juga turut mendendangkan lagu potong, potong potong.

Zaman 1 Malaysia ini, rakyat diutamakan kini menjalankan polisi `potong’, jangan tak potong. Dalam harakahdaily tulisan doktor rakyat mengisahkan tindakan kerajaan 1 Malaysia sedang berkira-kira untuk memotong elaun kakitangan awam. Semua ini di lakukan atas alasan sebagai langkah berjimat-cermat.

Pada tahun ini, difahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 23 Jan 2010 @ 10:41 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 17 Jan 2010 @ 9:25 AM 
Kedai   makan bukan islam gantung kalaimah Allah Muhammad

Kedai makan bukan islam gantung kalaimah Allah Muhammad

 PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal.

 Terdapat restoran bukan Islam yang menggantung kalimah Allah dan Muhammad. Perkara itu hanya akan terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPNDKK).

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna yang keliru dengan tindakan segelintir pemilik restoran menggunakan pelayan wanita bertudung sebagai pekerja sedangkan restoran itu diragui status halalnya.

“Kami mengesan banyak kes seumpama ini selepas membuat pemantauan, siasatan dan pemeriksaan premis. Biasanya pekerja yang digaji adalah wanita warga Indonesia yang tidak diketahui sama ada mereka Islam atau tidak.

“Biasanya pemilik pandai berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan bagi mengelak mereka ditahan termasuk mengatakan ‘saya tak kata restoran saya halal’,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Posted By: admin
Last Edit: 17 Jan 2010 @ 09:25 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 17 Jan 2010 @ 8:53 AM 
Berjimat mesti kena pada tempatnya

Berjimat mesti kena pada tempatnya

SHAH ALAM – Jika kerajaan benar-benar hendak mengurangkan kos perbelanjaan, mereka patut berjimat dalam sektor lain, bukannya pendidikan.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, kerajaan tidak boleh mementingkan sektor pembangunan dan mengetepikan pendidikan dalam merancang perbelanjaan.

Beliau berkata, langkah mengurangkan perbelanjaan sektor pendidikan banyak menimbulkan kesan terhadap pendidikan pelajar, terutama yang tinggal di asrama serta keluarga mereka.:

Katanya, tindakan Kementerian Pelajaran tidak menyediakan makanan pada Sabtu dan Ahad di sekolah berasrama untuk mengurangkan kos, umpamanya, merumitkan ibu bapa kerana mereka terpaksa berulang alik mengambil pelajar setiap minggu.

”Kalau kita dapat menapis segala kebocoran, termasuk rasuah, segala penjimatan dapat disalurkan kepada sektor pendidikan yang kosnya kini semakin meningkat.

”Jika kerajaan teruskan dasar penjimatan ini, ramai pelajar akan menerima kesan jangka panjang, terutama bagi mereka yang sangat bergantung kepada kemudahan di asrama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, sektor pendidikan amat penting dalam usaha kerajaan untuk membangunkan generasi akan datang.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 17 Jan 2010 @ 08:56 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi, pendidikan
 17 Jan 2010 @ 8:35 AM 

Gara-gara khayal akibat dadah, 36 orang termasuk enam penuntut ‘merelakan’ diri mereka ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu Ulu, Cheras, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata semua suspek yang berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun itu sedang khusyuk ”berpesta dadah” ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 4 pagi.

 ”Mereka ini dalam keadaan berkhayal sambil berhibur mendengar lagu semasa serbuan. Mereka seolah-olah tidak sedar dan tidak melawan mahupun cuba melarikan diri apabila diberkas,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata daripada jumlah yang diberkas itu, seramai 29 orang adalah lelaki manakala selebihnya wanita. “Daripada jumlah itu juga, enam yang ditahan adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di ibu negara…yang mana empat daripada pelajar terbabit adalah wanita,” katanya.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 17 Jan 2010 @ 08:35 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 16 Jan 2010 @ 1:30 PM 

Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 16 Jan 2010 @ 03:52 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi
 14 Jan 2010 @ 5:47 AM 

DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas.

Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.

Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 14 Jan 2010 @ 05:47 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi, pendidikan

 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 60
  • Posts/Pages » 2,052
  • Comments » 267
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.