Lisdawati bakal dirogol oleh suaminya sendiri, Fauzi Nawawi dalam sebuah babak filem terbaru mereka, Bravo 5.
KARISMA aktres Lisdawati memang tidak perlu disangkal lagi. Wajahnya yang membintangi pelbagai drama TV dan filem sudah memadai untuk membuktikan bakat seni aktres ini. Terbaru, isteri kepada aktor yang bakal bergelar pengarah filem, Fauzi Nawawi ini terus menyahut cabaran dengan membintangi sebuah filem peperangan, Bravo 5 pula.
Lisdawati yang ditemui di majlis pelancaran filem itu semalam, berkata, dia menerima tawaran filem itu bukan hanya kerana plot filem itu yang menarik. Malah, ibu kepada dua orang anak ini tidak dapat membayangkan sebuah babak signifikan yang melibatkannya dirogol oleh Fauzi Nawawi.
Mengulas mengenai babak Nadia (Lisdawati), isteri kepada Leftenan Hassan (Fizz Fairuz) dirogol oleh ketua komunis, Sidek (Fauzi Nawawi), Lisdawati berkata, babak tersebut merupakan babak penting yang menguji kekuatan emosinya sebagai pelakon.
Dalam babak itu, Nadia dirogol oleh Sidek kerana ingin membalas dendam terhadap Leftenan Hassan.
KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.
Pembantu rumah dikenali sebagai Mona atau nama panggilan, Susie, 29, dari Medan, Indonesia itu menghilangkan diri pada 18 Februari lalu.
“Sebelum ini, anak saya, Nur Eishal, saya dapati berdarah di bibir dan luka pada tangan ketika saya meninggalkannya di rumah bersama Susie,” katanya.
Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.
Selain merosakkan harta benda dalam rumah, pembantu rumah pelakon drama ‘Seputeh Qaseh Ramadan’ selama tiga bulan dua minggu itu juga didakwa mencuri pakaian dan barangan peribadi milik artis berkenaan.
“Tidak kisah jika dia tidak mahu bekerja dengan saya, tetapi kenapa perlu merosakkan harta benda di kediaman baru kami.
Oleh KEMALIA OTHMAN
PELAKON utama filem Lu Pikir La Sendiri The Movie, Puteri Sarah Liyana memohon maaf kepada wartawan di atas kenyataan yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya yang meminta seorang wartawan hiburan berjumpa dan bersumpah di hadapannya dengan bersaksikan al-Quran.
Wartawan hiburan tersebut dianggap telah ‘membawa mulut’ dan mencetuskan kontroversi pergaduhan antara dia dan kekasihnya, Ammar Alfian ketika Majlis Tayangan Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie. Sarah yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Asmaradana semalam juga memberitahu bahawa tujuannya menulis di Facebook kerana dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar. “Saya membuat kenyataan di Facebook kerana saya tidak diberi peluang dan diminta penjelasan atas perkara tersebut.
“Saya minta maaf dan saya menjadi mangsa keadaan dimana mendengar kata-kata dari sebelah pihak sahaja,” ujar Puteri Sarah kesal kerana menerima cerita tersebut dari Aminah Rhapor, pengarah filem Lu Pikir La Sendiri The Movie.
“Saya tidak diberi peluang untuk beri penjelasan,” kata Puteri Sarah.
Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripada Harian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.
“Saya difahamkan seorang wartawan telah memberitahu kepada Aminah Rhapor yang saya bergaduh dengan Ammar dan kemudian meninggalkan majlis tayangan Perdana Lu Pikir La Sendiri kerana perkara tersebut.
GEORGETOWN: Dengan sekali lafaz, pelakon komedi, penyanyi dan pelukis terkenal, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, sah bergelar suami kepada penolong pengurus bank, Zabarina Haja Mushadi Ali, 28.
Saya berharap perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya. Imuda berkata, pada pertemuan pertama, beliau bukan saja terpikat kecantikan isterinya yang persis pelakon hindustan era 1950-an, Rajes tetapi juga peribadinya yang penyabar dan sungguh istimewa dalam hidupnya.
“Dalam pertemuan pertama, saya bukan saja terpukau dengan kecantikan Zabarina, malah ketika itu wujud satu persoalan dalam diri adakah Zabarina akan menjadi suri dalam hidup saya yang kesepian.
SEBELUM ini pelakon drama ‘Anak Pontianak’ itu pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet.
Pada Sabtu lalu, Zarina An-Julie Mohd. Fahizul, 24, buat hal lagi apabila dia disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing dalam satu sekatan jalan raya ‘Ops Perayaan Tahun Baru Cina’ berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Dia ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Seorang lagi rakannya yang mengaku mengambil dadah jenis syabu turut ditahan dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.
Wardina Berjumpa Nik Aziz Bukan Sebab Politik
Semalam, pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyah menafikan dia berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini kerana kepentingan politik.
Menerusi sebuah akhbar, dia mengaku sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mereka mempunyai niat melakukan kebaikan.
BEBERAPA keping gambar terbaru Manohara tersebar di internet yang memperlihatkan aksi cium pipi antara Manohara dengan jejaka yang bukan suaminya.
Namun ketika dimintanya untuk mengulas aksi tersebut, Manohara dengan mudah menjawab itu adalah perkara biasa baginya.
“Memang Manohara biasa berkelakuan begitu. Terutamanya kepada orang-orang yang rapat dengannya,” ujar pengurusnya, Glenn seperti dipetik Detikhot.com.
Pengurusnya turut memberitahu bahawa ketika gambar mesra Manohara bersama jejaka bernama Amil itu diambil, mereka tidak berduaan sahaja.
Amil juga dikatakan sebagai anak kepada seorang rakan ibunya, Daisy Fajarina. Keluarga mereka sudah sangat rapat dan mereka terlalu banyak gambar berdua. Namun Glenn turut menegaskan jejaka tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengan bekas isteri Sultan Kelantan itu.
“Tidak, itu bukan kekasih Manohara,” jelas Glenn.
PERKAHWINAN penyanyi popular era 80-an Shidee dan Siti Fairunnisa Aziz khabarnya tidak direstui oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan.
Lantaran itu, Jamaliah telah membuat tiga laporan polis sebelum pasangan berbeza usia 29 tahun itu dinikahkan pada 1 Februari lalu di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.
Ayah Siti Fairunnisa sudah meninggal dunia empat tahun lepas.
Jamaliah Hassan membuat laporan yang pertama pada 26 Januari lalu di Balai Polis Salak Selatan dan dua jam selepas itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi berhubung isu anaknya keluar daripada rumah tanpa keizinannya.
“Pada 26 Januari lalu, anak saya keluar dari rumah dan membawa kunci rumah kedua saya di Bukit Beruntung.
“Pada mulanya saya sangka dia tinggal di sana tetapi empat hari selepas itu baru saya mendapat berita daripada abang ipar saya, Razali Awang, yang anak saya mahu berkahwin dengan Shidee.
“Dia dan Shidee meminta Razali menjadi wali. Pada mulanya Razali enggan tetapi akhirnya terpaksa bersetuju kerana mereka mengugut mahu wali hakim,” kata Jamaliah kepada mStar Online.
Kemudian, pada 30 Januari lalu, Jamaliah membuat laporan yang ketiga di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung kerana tidak mahu anak bongsunya berkahwin dengan Shidee. Jamaliah mahu anaknya pulang ke pangkuannya.
KUALA LUMPUR: “Bukan niat saya mahu mengaib atau membuka pekung tapi sekadar ingin membetulkan kenyataan bahawa tidak akan ada majlis persandingan di rumah saya kerana perkahwinan itu tidak pernah mendapat restu saya,” kata Jamaliah Hasan, ibu kepada isteri penyanyi popular era 80-an, Shidee yang bersanding, Sabtu lalu.
Jamaliah, 47, berkata sejak berita majlis perkahwinan Shidee atau nama sebenar, Rashid Abdul Wahab, 51, dengan anak bongsunya, Siti Fairunnisa Aziz, 22, disiarkan Harian Metro, ramai rakan bertanya mengenainya kerana sebelum ini dia dilihat intim dengan penyanyi itu.
“Saya langsung tak marah atau terkilan apabila dia berkahwin dengan anak saya, malah hati saya sudah tertutup selepas mengetahui siapa sebenarnya Shidee. Dia bukan lelaki yang boleh menjadi suami yang baik. “Sebelum ini memang hubungan kami akrab, malah saya yang banyak membantu serta menyokong dia terutama dari segi kewangan. Dia juga pernah mengakui keluarga saya umpama keluarganya sendiri dan mahu menjadi ketua keluarga kami (dengan mengahwini Jamaliah),” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Menurutnya, dia mengenali Shidee sejak empat tahun lalu menerusi Kelab Pendengar Radio Malaysia dan pada mulanya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu dilihat mahu membimbing keluarganya.
“Dia membimbing tiga anak saya solat dan mengaji al-Quran, malah anak saya memanggilnya dengan nama ‘papa’ atau ‘uncle’. Dia juga pernah menumpang di rumah saya di Bukit Beruntung dan membantu saya menjalankan beberapa perniagaan.
SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an. Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas.
Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian. Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara.
Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian. – Bernama
BUKIT JALIL: Bakat baru iaitu Muhammad Aizat Amdan mencipta kejutan apabila muncul pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang berlangsung di Stadium Putra, di sini malam tadi.
Aizat, 20, turut mengungguli kategori persembahan terbaik menerusi satu lagi lagu ciptaannya sendiri iaitu Kau dan Aku. AJL24 kali ini memperkenalkan format terbuka tanpa sebarang kategori.
Selaku juara, Aizat memenangi hadiah wang tunai RM35,000 dan RM10,000 lagi untuk persembahan terbaik.
Tempat kedua dimenang oleh Yuna yang menyampaikan lagu Dan Sebenarnya, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga dimenangi Faizal Tahir dengan hadiah wang tunai RM12,000 menerusi lagu Bencinta.
Untuk vokal terbaik yang menawar hadiah RM10,000 dimenangi oleh Black, yang tampil dengan alagu Aku Rindu Sayang Kamu.
PENYANYI popular, Asmawi Ani atau Mawi kini melebarkan lagi empayarnya daripada bidang nyanyian, lakonan, penerbitan dan kini bergelar ‘tauke’ medan selera pula.
Mawi yang mengakui tidak arif tentang hal-hal masakan berkata, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka. “Perancangan terbaru saya ialah untuk membuka kedai makan ala food court (medan selera), sekarang bangunan sedang dibina dan dijangkakan pertengahan bulan ini dah boleh mula operasi.
“Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini.
KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.
Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.
“Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.
FILEM Aduh Saliha yang hangat diperkatakan kira-kira dua tahun lalu kini hanya tinggal nama. Sukar melupakan ‘fenomena’ filem arahan M.Nasir itu apatah lagi ketika itu, pencarian heroin bagi watak Saliha untuk digandingkan dengan heronya, Mawi dijalankan dengan cukup hebat.
Akhirnya, Puteri Sarah berjaya menambat hati M.Nasir untuk watak tersebut. Namun, baru 20 peratus penggambaran berlangsung, ia dihentikan kerana dikatakan kekurangan bajet dan perancangan untuk menyambung filem itu nampaknya terus senyap begitu saja.
Tidak patah semangat dengan hal itu, M.Nasir pada tahun ini nekad untuk lebih memfokuskan kepada penerbitan filem. Kata penyanyi yang baru saja selesai mengadakan konsert Bagaikan Sakti bersama Datuk Siti Nurhaliza di Esplanade, Singapura pada 1 Januari lalu, itu merupakan salah satu azam tahun barunya.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 