‘Anak Pontianak’ Buat Hal Lagi

0

Category : Artist

SEBELUM ini pelakon drama ‘Anak Pontianak’ itu pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet.

Pada Sabtu lalu, Zarina An-Julie Mohd. Fahizul, 24, buat hal lagi apabila dia disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing dalam satu sekatan jalan raya ‘Ops Perayaan Tahun Baru Cina’ berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Dia ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Seorang lagi rakannya yang mengaku mengambil dadah jenis syabu turut ditahan dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Wardina Berjumpa Nik Aziz Bukan Sebab Politik

Semalam, pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyah menafikan dia berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini kerana kepentingan politik.

Menerusi sebuah akhbar, dia mengaku sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mereka mempunyai niat melakukan kebaikan.

Gambar Cium Manohara Dengan Teman Lelaki Tersebar

0

Category : Artist

BEBERAPA keping gambar terbaru Manohara tersebar di internet yang memperlihatkan aksi cium pipi antara Manohara dengan jejaka yang bukan suaminya.

Namun ketika dimintanya untuk mengulas aksi tersebut, Manohara dengan mudah menjawab itu adalah perkara biasa baginya.

“Memang Manohara biasa berkelakuan begitu. Terutamanya kepada orang-orang yang rapat dengannya,” ujar pengurusnya, Glenn seperti dipetik Detikhot.com.

Pengurusnya turut memberitahu bahawa ketika gambar mesra Manohara bersama jejaka bernama Amil itu diambil, mereka tidak berduaan sahaja.

Amil juga dikatakan sebagai anak kepada seorang rakan ibunya, Daisy Fajarina. Keluarga mereka sudah sangat rapat dan mereka terlalu banyak gambar berdua. Namun Glenn turut menegaskan jejaka tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengan bekas isteri Sultan Kelantan itu.

“Tidak, itu bukan kekasih Manohara,” jelas Glenn.

Shidee: Saya Tak Pernah Cintakan Ibu Mertua Saya

0

Category : Artist

PERKAHWINAN penyanyi popular era 80-an Shidee dan Siti Fairunnisa Aziz khabarnya tidak direstui oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan.

Lantaran itu, Jamaliah telah membuat tiga laporan polis sebelum pasangan berbeza usia 29 tahun itu dinikahkan pada 1 Februari lalu di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.

Ayah Siti Fairunnisa sudah meninggal dunia empat tahun lepas.

Jamaliah Hassan membuat laporan yang pertama pada 26 Januari lalu di Balai Polis Salak Selatan dan dua jam selepas itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi berhubung isu anaknya keluar daripada rumah tanpa keizinannya.

“Pada 26 Januari lalu, anak saya keluar dari rumah dan membawa kunci rumah kedua saya di Bukit Beruntung.

“Pada mulanya saya sangka dia tinggal di sana tetapi empat hari selepas itu baru saya mendapat berita daripada abang ipar saya, Razali Awang, yang anak saya mahu berkahwin dengan Shidee.

“Dia dan Shidee meminta Razali menjadi wali. Pada mulanya Razali enggan tetapi akhirnya terpaksa bersetuju kerana mereka mengugut mahu wali hakim,” kata Jamaliah kepada mStar Online.

Kemudian, pada 30 Januari lalu, Jamaliah membuat laporan yang ketiga di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung kerana tidak mahu anak bongsunya berkahwin dengan Shidee. Jamaliah mahu anaknya pulang ke pangkuannya.

Saya tak restu perkahwinan shidee

0

Category : Artist, Macam-macam hal

 KUALA LUMPUR: “Bukan niat saya mahu mengaib atau membuka pekung tapi sekadar ingin membetulkan kenyataan bahawa tidak akan ada majlis persandingan di rumah saya kerana perkahwinan itu tidak pernah mendapat restu saya,” kata Jamaliah Hasan, ibu kepada isteri penyanyi popular era 80-an, Shidee yang bersanding, Sabtu lalu.

Jamaliah, 47, berkata sejak berita majlis perkahwinan Shidee atau nama sebenar, Rashid Abdul Wahab, 51, dengan anak bongsunya, Siti Fairunnisa Aziz, 22, disiarkan Harian Metro, ramai rakan bertanya mengenainya kerana sebelum ini dia dilihat intim dengan penyanyi itu.

“Saya langsung tak marah atau terkilan apabila dia berkahwin dengan anak saya, malah hati saya sudah tertutup selepas mengetahui siapa sebenarnya Shidee. Dia bukan lelaki yang boleh menjadi suami yang baik. “Sebelum ini memang hubungan kami akrab, malah saya yang banyak membantu serta menyokong dia terutama dari segi kewangan. Dia juga pernah mengakui keluarga saya umpama keluarganya sendiri dan mahu menjadi ketua keluarga kami (dengan mengahwini Jamaliah),” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengenali Shidee sejak empat tahun lalu menerusi Kelab Pendengar Radio Malaysia dan pada mulanya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu dilihat mahu membimbing keluarganya.

“Dia membimbing tiga anak saya solat dan mengaji al-Quran, malah anak saya memanggilnya dengan nama ‘papa’ atau ‘uncle’. Dia juga pernah menumpang di rumah saya di Bukit Beruntung dan membantu saya menjalankan beberapa perniagaan.

Mamat Exist didenda RM2,400 kerana mencuri

0

Category : Apa dah jadi, Artist

SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an. Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas.

Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian. Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara.

Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian. – Bernama

Aizat ungguli AJL24

0

Category : Artist

 BUKIT JALIL: Bakat baru iaitu Muhammad Aizat Amdan mencipta kejutan apabila muncul pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang berlangsung di Stadium Putra, di sini malam tadi.

Aizat, 20, turut mengungguli kategori persembahan terbaik menerusi satu lagi lagu ciptaannya sendiri iaitu Kau dan Aku. AJL24 kali ini memperkenalkan format terbuka tanpa sebarang kategori.

Selaku juara, Aizat memenangi hadiah wang tunai RM35,000 dan RM10,000 lagi untuk persembahan terbaik.

Tempat kedua dimenang oleh Yuna yang menyampaikan lagu Dan Sebenarnya, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga dimenangi Faizal Tahir dengan hadiah wang tunai RM12,000 menerusi lagu Bencinta.

Untuk vokal terbaik yang menawar hadiah RM10,000 dimenangi oleh Black, yang tampil dengan alagu Aku Rindu Sayang Kamu.

Mawi Buka Kedai Makan ‘Lambai-Lambai’

0

Category : Artist

PENYANYI popular, Asmawi Ani atau Mawi kini melebarkan lagi empayarnya daripada bidang nyanyian, lakonan, penerbitan dan kini bergelar ‘tauke’ medan selera pula.

Mawi yang mengakui tidak arif tentang hal-hal masakan berkata, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka. “Perancangan terbaru saya ialah untuk membuka kedai makan ala food court (medan selera), sekarang bangunan sedang dibina dan dijangkakan pertengahan bulan ini dah boleh mula operasi.

“Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini.

Bekas Madu Noraniza Idris Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

“Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

M.Nasir Ketepikan Aduh Saliha, Bakal Terbitkan Filem Baru

0

Category : Artist

FILEM Aduh Saliha yang hangat diperkatakan kira-kira dua tahun lalu kini hanya tinggal nama. Sukar melupakan ‘fenomena’ filem arahan M.Nasir itu apatah lagi ketika itu, pencarian heroin bagi watak Saliha untuk digandingkan dengan heronya, Mawi dijalankan dengan cukup hebat.

Akhirnya, Puteri Sarah berjaya menambat hati M.Nasir untuk watak tersebut. Namun, baru 20 peratus penggambaran berlangsung, ia dihentikan kerana dikatakan kekurangan bajet dan perancangan untuk menyambung filem itu nampaknya terus senyap begitu saja.

Tidak patah semangat dengan hal itu, M.Nasir pada tahun ini nekad untuk lebih memfokuskan kepada penerbitan filem. Kata penyanyi yang baru saja selesai mengadakan konsert Bagaikan Sakti bersama Datuk Siti Nurhaliza di Esplanade, Singapura pada 1 Januari lalu, itu merupakan salah satu azam tahun barunya.

Kemuncak Majlis Perkahwinan Serina Meriah

0

Category : Artist

Foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

Foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

Malam kemuncak majlis resepsi keenam bagi meraikan pasangan pengantin baru, Serina Redzuawan dan suami tercinta Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar berlangsung dengan penuh tradisi dan meriah di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pasangan mempelai tiba kira-kira pukul 8.50 malam diikuti dengan persembahan silat.

Di majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman itu, Serina kelihatan anggun dengan pakaian rekaan Radzuan Radziwill berwarna ‘lavender’ (ungu muda) dan didandan bak Puteri Rania.

[ Online : 1017 hari. ]