10 kisah artis paling kontroversi 2009

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR: Sepanjang tahun ini industri hiburan tanah air tidak kering dengan kisah panas artis yang menggemparkan, termasuk dibawa ke mahkamah syariah dan aduan polis dibuat.

Berikutan itu beberapa artis mendapat jolokan ‘artis paling kontroversi’ tahun ini. seperti Farawahida dengan Julfekar, Fasha Sandha, Faizal AF4 dan penceramah bebas, Akhil Hayy dengan Waheeda.

Terbaru pula membabitkan Remy Ishak dengan Ummi Nazeera serta perkahwinan pelakon Zizie Ezette dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

 Farawahida dan Julfekar

Farawahida Razali, 24, membuat tiga laporan polis terhadap komposer Julfekar Ahmad, 45, selepas mendakwa menerima ugutan bahawa gambar dan video lucahnya akan disebarkan kepada khalayak.

Inul Kesal Fatwa Haramkan ‘Infotainment’

0

Category : Artist

RATU Dangdut, produser dan tauke kelab karaoke Inul Daratista menjadi orang pertama yang menentang fatwa Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) yang mengharamkan program tayangan infotainment.Kata Inul, infotainment itu berita “main-main”.

” Kalau infotainment dilarang, mahu jadi apa negara kita?” tegas penyanyi yang popular dengan lagu “Goyang Ngebor” itu, seperti dilaporkan kompas.com.

Jelasnya lagi, “Seperti saya, goyang saja sudah tak boleh. Saya mati gaya di Jakarta, terus mahu jadi apa kalau ini-itu dilarang. Kita tidak boleh berekspresi dalam explore diri,” kata Inul.Bagi Inul, program tayangan infotainment perlu dipertimbangkan secukupnya.

“Infotainment bukan hanya dinikmati orang-orang muslim saja. Masyarakat tidak lepas dari infotainment, walau jelik atau bagus tetap dinikmati,” kata ibu muda itu.Inul kesal fatwa PBNU itu keluar sedangkan, katanya, “Selebriti dan infotainment saling memerlukan,” tegas Inul.//mstar

Anne Ngasri Buka Tudung Kerana Niat Cari Rezeki

0

Category : Artist

AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.

Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Kalau Datuk kata ya, iyalah: Zizie

0

Category : Artist

ISU perkahwinan Zizie dengan Ahli Parlimen Kinabatangan hangat diperkatakan.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari mendiamkan diri, pelakon Zizie Ezette akhirnya mengaku beliau sudah menjadi isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Namun begitu, Zizie enggan memberitahu bila dan di mana sebenarnya majlis pernikahan itu diadakan.

“Kalau Datuk (Bung Moktar) sudah cakap ya (sudah bernikah), maka iyalah. Saya tidak mahu cakap panjang lagi buat masa ini. Biarlah kenyataan itu datang terus daripada Datuk. Saya pun kena menjaga hati orang lain dan mungkin ketika ini juga sebenarnya ada pihak yang sudah terguris, ” katanya kepada Berita Harian.

Kontroversi pernikahan antara Bung-Zizie – ‘Jangan rahsiakan apa-apa’

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR – “Kita perlu beri kebebasan kepada dia (Bung Moktar) untuk buat keputusan, sebab inikan soal hidup dia jadi kita serah kepada dia.”

Demikian kata Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz (gambar) mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang akan membuat pengumuman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau sudah berkahwin dengan pelakon popular, Zizie Ezette, apabila tiba masanya kelak.

Ahli Parlimen Kinabatangan(bung mukhtar) Sah Kahwin Pelakon(zizie ezette)

1

Category : Artist

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette, akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz pada hari Khamis menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, Anggota Parlimen Sri Gading apabila ditanya berkata: “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Artis + wakil rakyat : Ibu Zizie restu Bung Moktar

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR: “Saya akan tetap merestui jika memang sudah ditakdirkan Datuk Bung menjadi pasangan hidupnya,” kata pelakon Khaty Fauziah mengulas desas-desus anaknya, pelakon popular, Zizie Izette Abd Samad sudah dilamar Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.

“Zizie sudah mula bercinta sejak usia 14 tahun dan dia juga sudah berjumpa dengan ramai lelaki tapi nampaknya dia masih belum bertemu jodoh.

“Justeru, sebagai ibu saya terima jika ditakdirkan tuhan, Zizie berkahwin dengan suami orang atau menjadi isteri kedua kerana siapalah kita untuk menolak ketentuan tuhan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, dia menafikan anak gadisnya itu sudah dilamar ahli parlimen berkenaan.

  

Aishah menang saman EMI

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun, penyanyi Aishah hari ini akhirnya berjaya mendapatkan penghakiman dari Mahkamah Tinggi terhadap syarikat EMI (Malaysia) Sdn Bhd yang disamannya kerana memungkiri perjanjian rakaman album pada 1996.

Hakim Datuk Tee Ah Sing memerintahkan syarikat rakaman itu membayar Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, gantirugi am, yang jumlahnya akan akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah, serta gantirugi nominal sebanyak RM100.

Inul akhirnya goyang gerudi di KL

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista membuktikan bahawa Malaysia masih di hatinya dengan mengadakan persembahan bertenaga di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam.

Walaupun sebelum ini konsert Inul yang sepatutnya diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, pada Julai tahun lalu dibatalkan namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk datang ke negara ini.

Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis – Shahrizat

0

Category : Artist

Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis – Shahrizat
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.
Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.
“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.
“Saya minta Peguam Negara membantu keluarga Elis mengikut perundangan agar anak itu dapat dikembalikan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan saya berjanji akan menyemak kes ini dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini pada hari Sabtu.
Pada 10 Nov lepas, Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada Elis, namun keputusan itu tidak membawa apa-apa makna bagi beliau kerana anaknya itu telah dilarikan bekas suaminya Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, seorang warga Belanda ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan, 5 Mac lepas.
Sebelum itu, pada 8 Sept lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Kuala Lumpur dan memberitahu beliau tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.
Sementara itu, Shahrizat turut meminta Elis agar melantik seorang peguam seperti yang dinasihati Wisma Putra bagi mencabar tindakan suaminya di Belgium dengan mengguna pakai undang-undang negara berkenaan.
“Tindakan yang dilakukan oleh Firdaus merupakan satu bentuk tindakan penculikan dan mencabar kedaulatan undang-undang negara ini dan menghina undang-undang Syariah Malaysia,” katanya.
Katanya kementeriannya akan mengkaji perkara itu termasuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari keadilan di dalam kes terbabit.
– BERNAMA

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.

[ Online : 1011 hari. ]