Kueh donat ngan kopi

0

Category : Lawak

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah
berhijrah ke Malaysia…

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk
berkata “kuih donut dan kopi” dalam bahasa Melayu agar ia dapat
memesan makanannya sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

“Nak makan apa?” tanya pelayan.

“Kuih donut dan kopi,” kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih
donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar
pula untuk mengucapkan “roti daging”.

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke
restoran dan terus memesan,

“Roti daging.”

“Ayam atau Lembu?” tanya si pelayan.

“Kuih donut dan kopi,” kata Micheal.

Lawak : Terberanak dalam lift

0

Category : Lawak

Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.

Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan… perkara biase jer nih.”Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.”pakar ilmu jiwa itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!”

Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, “Yang tu pun saya gak,uhwaaa… !!!”Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper dah……

Murid Tak Boleh Pakai

0

Category : Lawak

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas….
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua
muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk
ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain.

Lalu guru itu berkata…
“Selama saya mengajar awak semua… tidak pernah pulak saya melihat
keaadan ini. Ini sangat menghairankan… boleh sesiapa tolong
beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam
keadaan seperti hendak pitam…

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
“sebab… cikgu pernah kata dulu… jika cikgu dapat melihat kami
semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut…. ha ha ha”
sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali
bising macam biasa…

TIGA ORANG GILA

0

Category : Lawak

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
“Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?”
Junior berfikir seketika. “Padang pasir panas…” Doktor
angguk. “Ada harapan nak dilepaskan ni…” hati doktor berdetik.
“Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana.”
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
“Yang saya tau, padang pasir tu panas…” Senior berkata setelah
berfikir panjang.
“Ya!” Jawab doktor terbabit penuh semangat.
“Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!”
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
“Awak dah lama benar di sini kan?”
“Ya, tuan doktor” jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
“Oh, padang pasir, memang panas betul sana,” Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
“Ya!” doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
“Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta…”
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
“Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?”
Veteran dengan penuh yakin menjawab, “Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!”

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

0

Category : Lawak

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berwasiat kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.” ” Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……”

Sahabat tak boleh pakai

0

Category : Lawak

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan dikejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf…panglima bagi kunci yg salah!!

Mati tersenyum

0

Category : Lawak

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki serentak.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan ;

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok.
Polis : OOooo

Penjaga : Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
Polis : Oo

Penjaga : manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
P: !?

Magic tertelan duit

0

Category : Lawak

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. “Ha, kan ayah dah keluarkan ni.” Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, “Buat lagi sekali ayah.”

Nak kena jentik lagi

0

Category : Lawak

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya budak tu jawab,

“Nak kena jentik lagi…??”

Tak romantik langsung

0

Category : Lawak

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum
bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?”

[ Online : 1011 hari. ]