Persediaan menyambut kelahiran / anak pertama

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

 

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa ‘panik’.

 

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil “Braxton Hicks contraction”.

 

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

 

1. Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Continue reading “Persediaan menyambut kelahiran / anak pertama”

Cara / makanan menambahkan susu ibu

Makanan harian yang boleh menambahkan/membanyakkan susu ibu

Saja-saja nak kongsi makanan-makanan yang boleh membantu ibu-ibu menyusu menambah susu badan.

Antaranya:

1.  Kekacang
2. Kerang
4. Kurma — direbus dan diminum airnya.
5. Pegaga
6. Lobak putih
7. Longan
8. Asas Kacang soya- tempe, tauhu, minuman soya

 

Teknik/ cara menambahkan susu ibu


1. Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? – 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.
2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.
3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlah pam yang berbaloi walaupun agak mahal.
Continue reading “Cara / makanan menambahkan susu ibu”

Wanita bebas buat pilihan

HAYATI, 30, sedang menunggu masa untuk melahirkan anak kedua.

Berdasarkan pengalaman ketika melahirkan anak pertama, dia terpaksa menghadapi sakit bersalin yang panjang sehingga terpaksa dimasukkan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Untuk anak kedua, disebabkan tidak mahu mengulangi trauma seperti mana kelahiran anak pertama, selepas berbincang dengan doktor Hayati terus membuat keputusan untuk melahirkan anak menerusi kaedah Caesarean.

Walaupun rakan meminta dia mencuba untuk melahirkan anak secara normal, Hayati tetap dengan keputusannya.

Seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan wanita seperti Hayati kini lebih gemar memilih cara melahirkan anak menerusi Caesarean (pembedahan) atau dalam bahasa pasarnya dikenali sebagai kelahiran ikut tingkap.

Ini diakui Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi yang juga Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, mengenai kecenderungan wanita Malaysia terutama yang mengamalkan gaya hidup moden, lebih suka melalui proses kelahiran menerusi pembedahan atas sebab tertentu.

Continue reading “Wanita bebas buat pilihan”

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

Tangisan bayi
Tagisan bayi mengandungi 1000 makna
Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.
Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham ‘bahasa bayi’.
Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.
Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.
Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.
Tangisan adalah merupakan ‘bahasa universal’ bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+  bangsa seluruh dunia.
9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.
70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.
2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Kesan bertungku selepas bersalin

Harian Metro

BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak.
Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.
Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.
Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal.

Ibu 4 anak gugur 3 kali

SAYA ibu berumur 38 tahun dan mempunyai empat anak. Selepas melahirkan anak keempat pada Disember 2005, saya mengalami keguguran tiga kali berturut-turut iaitu pada September 2008, Mac 2009 dan terbaru 13 Februari lalu.

Semua keguguran ini menjalani cucian dilation dan curettage (D&C) dengan usia kandungan antara lapan hingga 12 minggu. Saya berasa sangat sedih dan tertekan terutama selepas keguguran kali ketiga ini.

Continue reading “Ibu 4 anak gugur 3 kali”

Wanita 38 tahun ingin tambah zuriat

SAYA berumur 38 tahun dan bercerai dua tahun. Saya memiliki lima anak berumur antara empat hingga 14 tahun.Saya kini berkahwin semula sebagai isteri kedua, suami saya berumur 42 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 18 tahun. Suami inginkan zuriat dan dalam umur begini, adakah saya mampu hamil semula?

Continue reading “Wanita 38 tahun ingin tambah zuriat”

Tanda-tanda Keguguran

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  1. Pendarahan.
    Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  2. Sakit.
    Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  3. Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Continue reading “Tanda-tanda Keguguran”

6 Tanda mengandung/hamil yang perlu anda risau


Kehamilan melibatkan perubahan fisiologi tubuh dan kebanyakkan tanda tanda kehamilan berpunca dari rembesan hormon yang dikeluarkan oleh uri. Rasa mual, muntah sekali sekala, sengal perut dan pening merupakan sebahagian dari sakit sakit ringan yang kerap terjadi dan sesuatu yang anda tidak perlu risau.

Walaubagaimanapun, terdapat juga tanda tanda kehamilan yang wanita fikir ia adalah simtom kehamilan biasa tetapi sebenarnya adalah sesuatu yang serius. Berikut adalah tanda tanda amaran yang anda perlu risau dan perlu segera berjumpa doktor sekiranya ia terjadi.

Tanda Amaran Serius 1: Pendarahan dan Pitam Di Awal Kehamilan
Pendarahan faraj kerap terjadi diawal kehamilan dan sering dikaitkan dengan keguguran. Walaubagaimanapun sekiranya pendarahan disertai dengan sakit pada perut dan rasa pitam, ia mungkin tanda kehamilan diluar rahim atau ‘ectopic pregnancy’.

Continue reading “6 Tanda mengandung/hamil yang perlu anda risau”

Kebaikan seks selepas bersalin.

AMALAN di kalangan wanita melayu, mereka lazimnya tidak
melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin.

Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan
turun temurun daripada emak kepada anak.

Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama
suami. Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu.
Dari segi perancangan keluarga, amalan ini memberangsangkan.
Kelahiran

Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap
amalan diperlakukan. Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh
dikatakan bagus kerana wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal
selepas kepenatan bersalin serta mengandung selama 40 minggu.
Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab
baru sebagai seorang bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya
hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari itu!

Continue reading “Kebaikan seks selepas bersalin.”