Akta sewa beli : panduan sewa beli

0

Category : Info

Apakah Sewa Beli?
Sewa beli ialah menyewa barang-barang dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat dengan cara ansuran.
Anda ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman adalah pemunya.
Hak milik akan hanya diperolehi oleh penyewa setelah semua bayaran dijelaskan.
Bentuk dan Kandungan Perjanjian Sewa Beli
 
a. Setiap barang yang dibeli mestilah menggunakan perjanjian yang berasingan. Perjanjian mestilah secara. bertulis.
b. Barang-barang yang saling melengkapi antara satu sama lain dan dijual dalam satu set adalah dianggap sebagai satu item. 
 

Pewangi sisa buah-buahan

0

Category : Info

TAHUKAH bahawa anda mampu menghasilkan penyegar udara sendiri dengan menggunakan sisa buah-buahan dan sayuran dari dapur rumah?

Ia bukan sahaja satu langkah penjimatan kerana tidak perlu membeli semburan penyegar di kedai, malah penyediaannya tidak melibatkan kos yang mahal. Anda hanya perlu menunggu tiga bulan untuk mendapatkan hasilnya.

Sekumpulan pelajar Kolej Taylor’s yang terlibat dalam demonstrasi membuat ekoenzim sempena minggu Go Green memberitahu, untuk menyediakan ekoenzim seseorang itu hanya memerlukan sisa buah-buahan atau sayuran, gula perang dan air.

Menurut Akmal Arif, 19, ekoenzim merupakan satu larutan kompleks yang dihasilkan melalui proses pemeraman antara campuran sisa dapur yang segar seperti buah-buahan dan sayuran, gula serta air.

“Enzim ini mudah dihasilkan dan boleh disediakan sendiri oleh setiap isi rumah. Apa yang perlu dilakukan ialah campurkan 10 bahagian air, satu bahagian gula dan tiga bahagian sisa dapur ke dalam bekas kedap udara.

Senarai sekolah berasrama penuh di Malaysia

0

Category : Info, umum

Berikut anda senarai sekolah berasrama penuh yang terdapat di Malaysia. Sekolah berasrama penuh bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bagi murid-murid yang dikategori sebagai budak cemerlang.

HSB lahirkan bayi tabung uji pertama

0

Category : Ibu mengandung, Info, umum

ALOR SETAR – Penantian sepasang suami isteri selama lapan tahun untuk menimang cahaya mata berakhir apabila mereka memperoleh anak yang lahir melalui kaedah suntikan sperma (ICSI) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini 6 Disember lalu.

Bayi lelaki pasangan Zunnurain Ramlan, 35, dan suaminya, Md. Sukri Ramli, 35, itu diberi nama Mohd. Afif Shahmi dan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Mohd. Afif merupakan bayi tabung uji (IVF) pertama melalui kaedah ICSI hasil pencapaian Unit Perubatan Reproduktif HSB.

Menurut Md. Sukri, dia dan isteri sangat gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka itu setelah puas berikhtiar termasuk melalui kaedah perubatan tradisional untuk mendapatkan anak sebelum ini.

Bahaya guna telefon bimbit tanpa pengesahan

0

Category : Info

BUTTERWORTH- Orang ramai perlu memastikan telefon bimbit yang mereka gunakan mempunyai perakuan keselamatan daripada SIRIM serta maklumat mengenai kadar penembusan spesifik radiasi (SAR) untuk keselamatan pengguna.

Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Rizal Abdul Malek berkata, mereka perlu berhati-hati dengan telefon bimbit yang dijual di pasaran dengan harga yang murah kerana bimbang ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Lelaki sukar kencing

0

Category : Info

Mungkin hidap masalah pembesaran kelenjar prostat

MENGIKUT jangkaan lebih kurang 45 juta lelaki di seluruh dunia akan mengidap masalah pembesaran kalenjar prostat dikenali Benign Prostatic Hyperplasi atau BPH menjelang 2020 – suatu ramalan yang mengejutkan dan agak menakutkan.

Bagaimanapun, perlu diingatkan BPH adalah sejenis penyakit yang tiada kena mengena dengan kanser prostat. Ia adalah suatu keadaan yang hanya membabitkan pembesaran kelenjar prostat dan menyempitkan uretha.

Orang Ramai Disaran Bawa Alat Pemadam Api Dalam Kenderaan

0

Category : Info

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew menggesa orang ramai supaya membawa alat pemadam api dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan bagi menghadapi kebakaran.

Katanya kes kebakaran kenderaan dan kematian akibatnya meningkat kebelakangan ini, dengan 800 kes kebakaran kenderaan dilaporkan tahun lepas, bersamaan dua kes sehari.

GREEN SOYA BEANS -HARAM

0

Category : Info, Mesti baca

Email : Zamri Keciks

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

1,000 usahawan Internet setahun

0

Category : Info

Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB) mensasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 usahawan Internet dalam tempoh setahun.

Pengerusi Eksekutifnya, Nizam Mukhtar berkata, sasaran itu membantu merealisasikan misi ‘Satu Keluarga, Satu Perniagaan’ melalui perniagaan Internet dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Bersalin di hospital swasta, satu ikutan atau keperluan?

0

Category : Ibu mengandung, Info

NANTI nak bersalin di hospital mana?”. Ini soalan yang sering diajukan kepada wanita yang sedang sarat mengandung.

Bagi mereka yang mampu, jawapan yang biasa diberikan ialah “hospital atau pusat perubatan swasta”. Layanan dan perkhidmatan yang agak istimewa mungkin antara alasan yang diberikan.

Meskipun terpaksa menanggung kos perubatan yang mahal apatah lagi bagi kes yang melibatkan komplikasi seperti bersalin secara pembedahan, masih ramai yang memilih institusi bersalin swasta.

[ Online : 913 hari. ]