Jangan minum air dalam botol plastik.

1

Category : Info

Botol Plastik Boleh Menyebabkan Kanser

Botol Plastik Boleh Menyebabkan Kanser

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia …

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Diskaun 20% tol sempena Deepavali

0

Category : Info

Sempena perayaan Deepavali, diskaun sehingga 20 peratus akan dinikmati oleh kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan dan Elite untuk tempoh 14 hingga 16 Oktober dan 19 hingga 21 Oktober, antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Garam kaulah racun, kaulah penawar

0

Category : Info

TANPA garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.

Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

Gempa bumi dirasai di Bkt Tinggi Pahang

0

Category : Info, Pahang

Sebanyak lapan gegaran lemah dikesan dan dilaporkan dirasai berlaku oleh penduduk tempatan di sekitar daerah Bukit Tinggi, Pahang, dari 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga 12 tengah malam tadi, tiada lagi gegaran dikesan di daerah itu, demikian menurut kenyataan Jabatan Metereologi Malaysia di sini hari ini.Jabatan itu berkata ia akan sentiasa memantau perkembangan gempa bumi di rantau negara ini dan akan memaklumkan keadaan terkini.- Bernama

Ribuan ikan duri muncul di Bachok, mungkin akibat gempa

0

Category : Info, kelantan

Hasil tangkapan luar biasa ikan duri oleh nelayan di Kuala Kemasin dan Pantai Senok, Bachok, semalam berkemungkinan berpunca daripada kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Wilayah Timur, Azmi Daud berkata, fenomena kemunculan ribuan ikan dari dasar laut kebiasaannya terjadi apabila adanya kejadian bencana alam kerana ikan akan mencari kawasan yang lebih selamat.

Taktik terbaru: Putuskan elektrik sebelum samun

0

Category : Info, Mesti baca

Polis mengingatkan pekerja dan pengusaha stesen minyak supaya berwaspada sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba kerana ia mungkin merupakan modus operandi terbaru penjenayah untuk menyamun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata, taktik terbaru itu menyaksikan penjenayah akan bertindak mematikan suis elektrik utama di stesen minyak yang menjadi sasaran mereka sebelum menyamun mangsa.

Wanita licik tipu pengguna kad kredit

0

Category : Info, Mesti baca

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikesan menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) dan memaklumkan kad kredit mangsa disalahgunakan individu tertentu sebelum menggelapkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Difahamkan, sejurus perkara itu diberitahu, wanita yang menghubungi mangsa menggunakan talian kod antarabangsa itu meminta semua wang di dalam akaun bank dikeluarkan kononnya bagi mengelak dicuri individu terbabit. Mangsa yang panik kemudian diarah segera memindahkan wang ke dalam ‘akaun khas’ milik wanita terbabit yang didakwa dikawal sepenuhnya oleh BNM.

Peranan lautan dan rumpai laut dalam kestabilan iklim

0

Category : Info, umum

JIKA dahulu, kita boleh ‘membaca’ cuaca dan boleh meramalkan apa yang berlaku dalam setahun seperti monsun nur Laut yang membawa hujan lebat. Misalnya, dalam buku geografi sekolah, Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat biasanya berlaku pada bulan November hingga Mac.

Tetapi kini cuaca tidak lagi dapat diramal malahan hujan lebat, kemarau dan ribut taufan dilaporkan tidak menentu.

Kisah Kedai Mamak Yang Pengotor

5

Category : Info, Mesti baca

Oleh Kazrat

Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRECINT 9 , PUTRAJAYA dekat Avon .. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!.

Buah petai penuh khasiat

0

Category : Info, umum

Oleh DIAN

MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat.

Anaemia

Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.

Tekanan Darah

Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.

[ Online : 1011 hari. ]